Nuffnangs

Wednesday, October 10, 2012

Sajak

Assalam
 
Minggu lepas anak aku yang sulung sibuk bertanya pasal sajak, bagaimana nak baca dan ada tak contoh2 sajak pada aku.
 
Aku cakap ada sbb dalam blog aku ada beberapa sajak yang telah nukilkan dengan sepenuh perasaan aku dan setelah pilih punya pilih, anak aku terus pilih sajak yang bertajuk Monolog Lambaian Kaabah yang seingat aku tulis tahun lepas ketika itu parents aku hendak mengerjakan haji.
 
Monolog ini adalah luahan perasaan aku yang membuak-buak ketika itu yang teringin juga nak menjejakkan kaki ke tanah haram yang mulia itu. Mengalir gak air mata aku ketika menulis sajak itu. Jadi aku cakap dengan anak aku agar membaca ia dengan penuh perasaan tapi sajak ni x de cara tertentu untuk membacanya. Terpulang kepada kreativiti masing2 untuk mengolah cara membacanya asal orang x bosan.
 
Bagi aku antara puisi yang agak mudah untuk dicipta adalah sajak berbanding dengan pantun, syair, gurindam dan sebagainya kerana ia hanya memerlukan kita mengambil faktor2 sekeliling sebagai isu dan kita olah ayat untuk mengambarkan situasi itu. Tidak perlu perkataan yang mempunyai akhiran yang sama atau bunyi yang sama dihujungnya.
 
Korang boleh lihat di SINI untuk menilai puisi atau sajak yang telah aku buat atau kalo korang berminat le nak tengok kan..
 
Buat anak aku Alya Nurfatehah, ayah doakan agar kau beroleh ketenangan minda dan keterangan hati ketika menjawab soalan bagi final exam yang akan bermula minggu depan...semoga berjaya...gud luck!
 
Wassalam..
 
 

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE