Assalamualaikum
lama tak update blogku ini...malas betul lepas raya ni. Asyik makan tidur makan tidur, tidur makan tidur makan...tu yg nak buat apa pun malas.
Ekcelly, aku agak sibuk kebelakangan ni. Asyik outstation jer. Sampai x sempat nak bukak blogku ni.
Amcam raya korang. Mesti meriah kan. Rasanya belum habis lagi pergi beraya rumah sedara mara, kawan-kawan dan yg lain2. Aku sendiri pun masih belum sempat habis beraya rumah sedara mara. Bagi sahabat handai tu, kalo korang ada buat open house jgnlah segan jemput aku tau.
Tup2 bulan syawal dan hari kemerdekaan negara kita serentak tahun ni. 31 Ogos lepas, anak2 aku ajak pegi tgk sambutan merdeka kat Kluang. Kali ni Kluang jadi host peringkat negeri. Meriah gak. Punyalah suka anak2 aku semua. Kena pulak haritu cuaca mendung jer. So x berapa panaslah. Tapi yang aku musykil, area mereka buat sambutan ni. Kalo korang pernah pg Kluang, korang mesti tau Kluang Mall. Kat depan Mall nilah mereka buat. Siap dengan pentas. Kawasan ni dahle sempit, orang bukan main punya ramai. Dah x rasa bagus walaupun sambutan kali ni bagus. Ada tempat lain yg lebih baik kat Kluang ni, contohnya kawasan Dataran Tasik Kluang yang lebih sesuai dan luas. dahle menyebabkan lalulintas terganggu. Orang ramai terutama kanak2 juga x dapat menyaksikan sepenuhnya sambutan kali ni.
Musykil aku...betul2 musykil. Rasa macam ada agenda tertentu jer.
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!