Nuffnangs

Sunday, September 2, 2012

Manchester United vs Southampton 2012

Hattrick Robie Van Persie julang Man U.
 
Pergh memang mengujakan betul match malam tadi nih. Ketinggalam 1-0 seawal minit ke 7 perlawanan, Man U mengorak langkah dengan perlahan untuk mengatasi Southampton pada minit2 terakhir perlawanan.
 
RVP menyamakan kedudukan pada minit ke 37 dan perlawanan sebenarnya dikuasai sepenuhnya Man U. Pada separuh masa kedua, Man U dihadiahkan sepakan penalti tetapi malangnya RVP yg cuba membuat sepakan cara Panenka tetapi dapat dibaca denga baik oleh Penjaga Gol lawan (Davis).
 
Melalui satu counter attack oleh Southampton, mereka berjaya mendapatkan gol kedua. Memang gemuruh gila jantung aku tetapi Man U menggandakan asakan dan akhirnya RVP berjaya menjaringkan gol hasil tandukan Ferdinand yang terkena tiang gol dan melantun dihadapannya. Kedudukan 2-2 ini menyebabkan Southampton seperti hilang arah dan hasil daripada satu sepakan sudut, RVP menanduk masuk dengan cantik.  Berbaloi betul Man U kali ni.
 
Final result Man U 3-2 Southampton.
 
Glory2 Man United... 
 
 

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE