Nuffnangs

Tuesday, September 18, 2012

Bangsa Banjar

Assalamualaikum
 
ho magaluh, handakkah iwak? Kadak mahuk akuk, akuk kadak makan iwak, ayuhak. Ikam kadak bagawian kah.. (Oh makcik, nak ke ikan? aku tak mau, aku x pandai makan ikan. Kau tak kerja ke)
 
Korang faham tak bahasa kat tuh...hehehe. Uma nya banjar, bapaknya banjar, anaknya banjar jua aih. inilah bahasa banjar kalo korang nak tau. Sejak jaman bahari lagi mmg mcm tu bahasanya. Tapi aku rasa korang lg senang kalo org cakap jawa/jowo kan. Aku pun x faham kenapa bangsa bahasa jawa, bugis, lebih dikenali daripada bangsa bahasa banjar.
 
Excelly aku orang banjar plus minang plus mat salleh (x delah lawak aje nih). Belah bapak aku mmg pure banjar dipanggil banjar keluak (kuala) manakala belah mak banjar campur minang belah atuk yg mmg pure minang dari Pagar Ruyung, Sumatera.
 
Aku sendiri sendiri kadak pandai banar bermadah banjar (tak pandai sangat bercakap banjar). Mana taknya, kat rumah kami x bercakap banjar maupun minang. Cuma sesekali kalo berkumpul kat kampung, ada le juga join tp mmg ternganga jelah dengar mrk cakap, lagi2 kalo yg pekat, mmg kadang2 x faham langsung.Hehehe...
 
Untuk informasi bangsa banjar berasal dari daerah Banjarmasin kat Kalimantan tu. Aku rasa sedara mara aku mesti ramai kat sana tp kitaorg dah lost contact. Mereka dikenali dulu dengan bangsa yang tinggal di tepi laut dan bekerja sebagai nelayan dan ada juga yg jadi lanun (yg jahat jelah). Bangsa ni dikenali sebagai bangsa yang kuat dibahagian sana dan ditakuti, tapi ntah betul entah tidak. Mak bapak aku yg cakap. Aku belum dpt sumber yg sahih lg. Banjar keluak (kuala) adalah banjar di jajahan yang baru. Kira orang bandar jugalah. tak nak mengaku asal kampung. Huhu...
 
kat Malaysia ni banyak menetap di Perak seperti Parit Buntar, Kampar. Kat Selangor  di Kuala Selangor dan kat Johor banyak di Batu Pahat, Seri Medan dan Kluang.
 
Aku buat entri saja nak promo bangsa banjar, ramai dah yg jadik profesional sbg contoh Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani. Cuba korang cari Pertubuhan Banjar Semalaysia, korang akan dapati ramai yg kita kenali adalah bangsa banjar. So org2 banjar jgn malu mengaku banjar.
 
Kulaan niring napa tak ku hiring....kulaan barataan.
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE