Nuffnangs

Wednesday, September 19, 2012

Bangsa Banjar Part 2

Kita sambung semula pasal cerita orang2 banjar nih. Kalo korang pernah jumpa orang2 yg namanya seperti Toganal, Tokachil, Selamah, Abu Bakar, Utoh, dan nama2 yang biasanya nama sahabat2 nabi, kebiasaannya adalah orang2 banjar. Sila lihat di sini untuk lebih lanjut tentang sejarah atau salasilah org2 banjar.

To atau utoh ganal (besar) dan kachil (kecil) biasa digunakan utk mengambarkan kedudukan seseorang itu di dalam masyarakat atau keluarga. kebiasaannya org2 banjar ni berkulit putih tetapi dah memang org2 melayu biasanya berkulit sawo matang tetapi tidak terlalu gelap. Mata biasanya kecil tapi tidak terlalu sepet. Just nice kata org putih. Hehehe...

-diambil dari profile google- 
 

Panggilan Ading (adik) dan Galuh (panggilan  umum budak perempuan) biasa digunakan. Dari segi adat istiadat spt perkahwinan, tiada beza dengan org2 melayu dan tidak terlalu spesifik mcm org2 minang yg sgt mementingkan adat.

Yang aku tau, org2 banjar ni mementingkan keagamaan dan selalunya sejak kecil diterapkan dengan nilai2 Islam sepenuhnya oleh keluarga. Tetapi biasalah dah nama pun manusia, dari kecil diajar agama tetapi bila dah besar berubah. Dunia dikejar ditinggalkan agama sebagai no 2.  Kalo korang  pernah dengar tentang Syeikh Nuruddin Al Banjari yg berasal dr Indonesia ttp mempunyai keluarga di Perak, keluarga Al Banjari adalah keturunan banjar yang begitu alim dan dekat dengan Islam.

Syeikh Nuruddin Al Banjari
 
Dari segi fizikal, kebiasaannya org2 banjar ni sederhana dari segi ketinggian dan juga bentuk tubuh. So nak kata sgt tinggi, sgt gemuk, jarang kita jumpa. Yg ada sederhana dan yang sedang2 saja...bak kata Iwan.
 
-Amacam cantik2 tak awek banjar-
 
Ok lah kita sambung lagi kemudian, aku kena buat research dulu. Ada informasi terkini aku akan update.
 
Baisukan unda mencangul amun ada badapatan
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE