Kali ni aku ceritakan tentang satu jenis makanan bagi bangsa yang sgt popular dan amat terkenal dari dulu hingga kini.
Sekali makan pasti teringat selamanya. Bak kata orang banjar "balalat montong". hahaha...geli ketiak aku bila teringat pepatah org banjar tu. Mau taknya berlalat montong (mulut) bila makan makanan nih. Bukannya maksud bila makan lalat akan menghurung tapi maksudnya kelazatannya lekat kat tangan kat mulut hingga x bole lupa sampai bila2.
Nama makanan ni wadik iaitu sejenis ikam pekasam atau ikan yang telah diperap atau disimpan lama. Ikan (iwak) yang selalu digunakan untuk dijadikan wadik ni ialah jenis ikan sungai atau ikan air tawar seperti ikan putih, terbol, sebarau, sepat, puyu, keli, belut dan sewaktu dengannya.
ikan yg sudah diperap dengan garam
dan beras goreng
Cara untuk membuatnya amat mudah, samada rajin ke tidak je. Pastikan ikan sudah dibersihkan dan disiang. tak payah bubuh apa-apa cuma garam jer. Lepas tu goreng beras hingga garing dan lepas tu ditumbuk hingga separuh hancur. Ambil beras tadi dan gaulkan bersama ikan. Masukkan sedikit beras ke dalam perut ikan. Susun di dalam balang atau botol yang boleh ditutup rapat. Kebiasaannya perapan ini akan dibiarkan sehingga sebulan atau lebih sebelum digoreng. Makan dengan nasi panas...pergh memang terangkat le. Kadak mencangol kaluar. Beras yang dimasukkan kedalam perut ikan tu seakan2 telur ikan dan memang sedap digaul dengan nasi panas.
Aku teringat kisah sahabat aku masa sekolah dulu. Dia ni orang minang, mmg x pernah rasa wadik dan sejenis ganganan lain iaitu mandai tiwadak yg agak masam tu. Sekali tu lepas menoreh, kami dihidangkan oleh ibu aku makanan ni. Dia ni jenis yg suka dan berani mencuba. Bila dia rasa jer makanan ni, kembang hidung dia. Kih3x...mula2 mmg le kembang tapi lepas tu aku tgk, 3 kali tambah nasi gak lah. Hingga skrg bila jumpa je, dia mesti kata yang dia rindu nak makan wadik dan mandai lagi.
mandai tiwadak yg telah digoreng
Bagi yang belum mencuba, bolehlah beli wadik ni pasar2 malam atau pasar tani. Kalo ada lah org banjar yg jual. kdg2 tu aku peratikan je, ada yg buat dengan nasi tp yg ini confirm bukan org banjar sbb org banjar hanya gunakan beras yg digoreng je. Nasi ni biasanya org melayu Perak yang buat sbb org rumah kata mmg org kg dia buat mcm tu.
Ok lah nex time aku ceritakan pasal makanan lain org banjar, atau mungkin kuih2 org banjar yg susah kita nak jumpa dimerata-rata tempat.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!