Semalam aku dah postkan pasal wadi atau wadik iaitu sejenis ikan pekasam orang banjar. Aku pun ada ceritakan sedikit pasal mandai tiwadak. Pasti korang nak tau kan apa tu mandai tiwadak ni. So hari ini, atas kerajinan aku menaip, aku ceritakan lah serba sedikit pasal mandai ni dan cara membuatnya.
Mandai dalam bahasa banjar ni adalah jeruk atau perapan. Tiwadak pula adalah cempedak. Bukan buah cempedak yang akan kita gunakan tetapi kulitnya sahaja. Bak kata orang jangan membazir, Daripada kulit, biji dan buahnya, orang banjar x pernah bazirkan.
Caranya mudah jer. Kulit cempedak dibersihkan dengan membuat kulit luar yang keras hingga meninggalkan bahagian yang putih sahaja. kemudian dipotong dalam kadar tidak terlalu nipis dan panjang dalam 1 inci besarnya. Kaedahnya 1 cm x 1 inci mcm tu.
Setelah dipotong, digaulkan dengan sedikit shj garam dan dimasukkan ke dalam bekas atau balang yang diisikan dengan sedikit air masak dan bekas kemudian ditutup rapat. Perapan atau jeruk ini akan dibiarkan paling kurang 1 minggu sebelum boleh dimasak. Cara memasak adalah dengan menggoreng dengan bawang dan ikan bilis dan cili hijau besar. Biasanya sebelum digoreng dibasuh terlebih dahulu untuk menghilangkan getah atau masin. Makan dengan nasi putih panas...pergh pasti balalat montong.
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!