Assalamualaikum
Salam kulaan berataan...samuga kulaan semua sihat sambil bagawian.
Ulun nak sambung semula cerita pasal bangsa banjar nih tapi kali lebih kepada keluarga sendiri. Adik beradik ayah memang ramai tapi sekarang nih kebanyakan mereka dah meninggal dunia. Yang Tinggal adik ayah di Felda Sening, Kota Tinggi bernama Salamah. Sepupu2 ramai di Kuala Lumpur, Perak dan Johor yang kebanyakan mereka sudah membawa haluan mereka sendiri. Di Batu Pahat masih ada sedara mara terutama di Parit Besar, Air Hitam, Olak Batu dan juga di Parit Yaani, Kg Seri Wangi. Tapi kiranya sekarang ni aku dah takde nenek atau atuk lagi.
Dalam bangsa banjar dikalangan keluarga aku, makcik dan pakcik kami panggil wawak atau maincik. Masa mula2 aku pun confuse kerana panggilan wak ni biasanya orang jawa yang guna. Bezanya kami panggil wawak, bukan burung wak wak ok.
Tak salah aku dulu adik arwah nenek yang kini tinggal di Kampar, Perak ada datang ke Kluang dan melalui dia kami tahu yang masih ramai sedara mara di Perak. Namun sekarang ni kami telah lost contact dgn mereka. Yelah kami sendiri pun tak mencari mereka, jgn lah nak mengharap mereka akan mencari kami di sini.
Aku masih ingat ada seorang abang ayah aku tinggal di Bahau Negeri Sembilan. Dah meninggal pun abang ayah tu. Beliau dan nenek disemadikan dikawasan perkuburan yang sama di Bahau. Abang ayah ni boleh dikatakan seiras benar dengan ayah, dan sekarang nih kalo anak2 arwah wawak tu berjumpa dengan ayah pasti mereka merasa sedih dan menitiskan air mata terkenangkan wawak.
Oklah ulun pun kadak mau basadih bangat, ulun mohon berinsur, ada kalapangan kita basurah lagi. Ayuhak bangsa banjar!
wassalam...
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!