Nuffnangs

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan Al Mubarak

Assalamualaikum

Aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat  menyambut kehadiran Ramadhan 1433 hijrah kepada rakan2 bloggers yang beragama Islam dan kepada semua bloggers non muslim, harap dapat menghormati bulan yang mulia ini.

Aku nak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas apa juga kesilapan yang telah aku buat samada dari segi perkataan, bahasa, kelakuan dan sebagainya yang mana telah menyinggung perasaan  rakan2 bloggers semua. Mana tau n3 aku yang ada membuatkan sesiapa terasa hati atau tersinggung kan...kita ni hanya manusia yang tidak lari melakukan kesilapan.

Aku cuma berdoa agar diberikan kekuatan, kesihatan yang baik dan keimanan yang kukuh untuk menempuh segala dugaan dan cabaran disepanjang Ramadhan ini. Harap korang semua pun mcm tu juga.

Kepada Isteri dan anak2 serta ahli keluarga yang lain terutama ayah dan ibu serta adik beradik semua, saya minta ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, dan minta dihalalkan segala makan minum saya selama ini. Semoga segala ibadah kita diterima dan diberkati oleh Allah sw.

Marhaban Ya Ramadhan.....

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE