Nuffnangs

Tuesday, May 15, 2012

PELANCONGAN TIANJIN-BEIJING 2012

Pada 3 hingga 7 hb Mac 2012 lalu aku telah berpeluang ke Beijing. Kali ni adalah lawatan bersama grup firma Syarikat Rodziah seramai lbh kurang 34 org semuanya.



Kami ke sana menggunakan pakej travel drp Mahabbad Travel Agencies yg berpengkalan di Melaka. Kos lbh kurang RM1950 seorang. 

Ini adalah pertama kali aku pergi ke tempat yang bersuhu  di bawah paras beku kerana ketika kami pergi suhunya adalah lbh kurang -2 hingga 5 darjah celcius. Bayangkanlah betapa sejuknya. yelah dah biasa dengan cuaca panas lembap Malaysia. Memang berbeza. Kulit jadi kering dan sejuknya sampai ke tulang kering.



Sampai je ke Lapangan Terbang Tianjin selepas lbh kurang 6 jam penerbangan drp LCCT, keluar drp kapal terbang dah memang terasa kesejukannya walaupun berada di terminal. Cepat2 keluarkan jaket tebal, sarung tangan dan sarung kepala. Nasib baik ada beli sarung tangan dan sarung kepala. Kami telah dibawa menapak ke bas yang akan membawa kami ke stesen keretapi laju utk ke Beijing. Jauh juga tempat bas diletakkan lbh kurang 1km dr terminal. Di kala inilah sejuknya mmg x boleh tahan hinggakan air hingus mula mengalir. Cheh...

Kami di bawa ke stesen keretapi laju dan inilah pertama kalinya aku naik keretapi laju dan sesungguhnya mmg amat laju. Lbh kurang 30 min kami sampai ke stesen Beijing. Sekali lagi kami dibawa menapak ke Bas yg menunggu. Kali ni lbh jauh lbh kurang 3km dr stesen. Walaupun br pkl 4 ptg keadaan suasana agak gelap. Apa yg kami nmpk sekeliling kami adalah pokok2 yg kering tanpa daun. Mmg cantik pemandangan di sini. Suasana yang tidak pernah dilihat secara live sblm ni.

Kami dibawa  ke sebuah Hotel yg terletak dilingkaran 2 Bandaraya Beijing dan ia merupakan sebuah hotel yg agak lama tapi dijaga dengan baik. Check in dan terus kami ke bilik sblm diminta turun kembali utk acara yg pertama iaitu pertunjukkan akrobatik. Pemandu pelancong yg memperkenalkan dirinya sebagai Jasmin pandai berbahasa Indonesia. Aku rasa dia ni Islam tp tidak bertudung kerana di sini pemerintah melarang wanita Islam bertudung. 

Sblm pertunjukkan bermula kami dibawa ke sebuah restoran islam untuk makan malam. Inilah kali pertama makan makanan cina. Tapi aku rasa x banyak beza, sayur kobis, telur dadar, ayam panggang...nasi putih. Rasa pula agak masin, tp memandangkan perut dah lapar, bedal ajelah. Dah kenyang terus ke dewan pertunjukkan dan di sinilah bermulanya segala mcm bisnes yg dibuat oleh si Jasmin. Dr jual long john hinggalah berbagai souvinier lain. Mmg hbt dia ni berniaga. Dia kata jgn beli tmpt lain, mahal. Beli dgn dia, chit penipu lbh dia nih...nntilah aku cerita lg. Ni baru episod pertama.

Pertunjukkan akrobatik ni mcm yg kita tau, mmg hebat dan mengkagumkan. Mereka semua ni mmg pro lah. Tp ada sekali tu terlelap gak sbb mengantuk sangat dan penat. Sori sbb x dapat snap foto pertunjukkan sbb bateri hp habis masa tu. Mmg frust giler lah. Anyway utk foto2 hari berikutnya mmg ada. Habis pertunjukkan terus ke hotel dan aku malas nak keluar lagi coz sgt penat. Lagipun esoknya akan bermulalah acara yg lbh berat dan lbh penat. So kena tidur awal. So jumpa lg di episod seterusnya. Bye!!!

2 comments:

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE