Hari kedua Beijing bermula seawal jam 530 pagi. Subuh di sini agak awal kerana pukul 630 suasana sudah terang Suhu pada hari ini adalah lebih kurang 2 hingga 5 darjah celcius. Dengan keadaan yang berangin mmg menambahkan lagi kesejukkan di sini.
Acara yang pertama adalah ke Medan Tian Nan Men. Dimaklumkan oleh Jasmin yang hari ini ada mesyuarat menteri2 dan dibimbangi banyak jalan ray akan ditutup. Makanya, semuanya perlu dilakukan dengan cepat. Setiap aktiviti yang telah ditetapkan mesti dilakukan dalam waktu yang telah ditetapkan.
Sesampai kami di sana, aku lihat memang terlalu ramai manusia dan aku dapat lihat juga terlalu ramai polis dan askar yang berkawal di situ. Terdapat banyak kumpulan pelancong dan mereka semua beratur sambil diiringi oleh pemandu pelancong masing2.
Bas diletakkan agak jauh dari tempat yg ingin dilawat dan kami beratur seperti budak2 sekolah. Berjalan cepat agar tidak ketinggalan. Sempat gaklah nak snap beberapa keping foto sebelum masuk ke medan kemerdekaan China. Aku nampak pemeriksaan rapi hanya dilakukan ke atas pelancong tempatan sahaja (aku agaklah) sebab muka mereka sama je. kami dapat masuk ke Medan dengan mudah tetapi asyik dijerit2 oleh si jasmin agar bergerak cepat sbb dia kata perjalanan masuk masih jauh dan banyak tmpt menarik di dalam.
Mmg jauh juga perjalanan dari sebuah pintu gerbang ke sebuah pintu gerbang yang lain. Tidak salah aku ada 7 pintu gerbang yang jaraknya setiap satunya lebih kurang 500 meter. Mmg hebat arkitek mereka demi mengelakkan bandar diraja ini daripada diserang musuh.
Sampai digerbang yang ke 6 barulah aku dapat lihat Istana Maharaja yang mmg besar dan unik. Masuk ke dalam terdapat beberapa lagi tembok besar yang menghalangi sesebuah kawasan sbg contohnya rumah gundik, rumah para-para atau pegawai lelaki yang telah dikasi (dicantas anunya) dan Istana Maharaja yang bukan org sebarangan boleh masuk.
Aku dimaklumkan terdapat 1000 gundik pada satu2 masa dan yg memilih untuk bersama-sama dengan Maharaja adalah si para-para ni. Mereka ada list gundik, dan setiap gundik akan berpeluang bersama-sama dengan Maharaja untuk makan bersama dan bermalam bersama. Tujuan atau objektif Maharaja adalah mendapatkan anak lelaki seramai yang mungkin utk mewarisi kerajaannya. Yang x bestnya adalah list gundik dipegang oleh para-para ni yang pastinya akan memberikan lebih peluang kepada gundik yang menjadi pilihan mereka. Ah lantaklah. Buat apa pening2 fikir pasal gundik raja ni.
Setelah keluar dari pintu gerbang istana, kami melalui sebuah lagi pintu gerbang untuk keluar dari pintu belakang. Kali ni bas telah diletakkan disuatu tempat lain yang jaraknya lebih kurang 3 km dr pintu gerbang, Berjalan lagi...penuh dengan exercise hari ni. Tp yg bestnya, oleh kerana cuaca yang sejuk, aku merasa nyaman dan tidak berpeluh langsung.
Sampai di bas, kami terus dibawa ke sebuah restoran Islam utk makan tengahari.
Lepas tu kami terus dibawa ke sebuah tempat urut kaki yang paling terkenal di Beijing. Aku fikirkan bestlah kali ni dapat urut kaki percuma. Masuk ke dalam satu bilik yang besar, terdapat banyak kerusi sofa disediakn untuk urut kaki. Sebelum urutan bermula, kaki kami direndam ke dalam air yg telah diisi dengan herba.Sambil diberi penerangan oleh seorang lelaki yang mendakwa berasal dr Indonesia, kaki kami direndam selama lbh kurang 30 min.
-nilah tempat urut kaki tu- |
Selesai penerangan, masuklah budak2 muda cina yang dikatakan merupakan pelajar di situ untuk mengurut kaki kami. Mereka ni semua langsung x pandai berbahasa Inggeris. Dengan muka masam, mereka mengurut kaki kami semua. Lbh kurang 15 min selepas itu, masuklah pula beberapa orang yang dikatakan pakar perubatan cina yang mempunyai kuasa atau aura yang boleh mengubati penyakit. Aku ingatkan bestlah dan dgn bangganya mengofferkan diri aku utk diperiksa. Periksa punya periksa, pakar ni bgtau aku yg aku asa masalah prostate dan berbagi penyakit lain. So mereka menawarkan aku utk buat rawatan aura. Mula2 nya mcm nak terkena gak aku, tapi nasib baik wife aku ada disebelah dan cakap x payahlah. Dgn muka masam mereka ni pun belah lah cari orang.
-daun teh kering- |
Rupa-rupanya, mereka yang dibawa ke sebuah bilik lain utk rawatan aura ni telah cuba dikelentong dengan menawarkan ubatan-ubatan cina yang beribu-raban harganya. Ada juga yg terkena dengan membeli. Ada yg mengatakan yang mereka seperti x boleh berbuat apa-apa untuk menolak daripada membeli. Chit...nampak sangat nipunyer...Dah mcm direct sellling jer tapi kali ni dengan teknik yang lbh agresif.
Lepas sessi urut, kami terus menghala balik. Kami singgah dulu disebuah tempat memproses teh terbaik di Beijing. Semuanya terbaik. Chit...nak menjual rupanya juga. Tapi dapatlah juga rasa berbagai rasa teh yang berbeza-beza.
-ingat nak sambar tp duit nggak cukup dong- |
Sebelum sampai di Hotel kami singgah di restoran islam yang sama seperti semalam dan makanannya juga sama. Ah bedal ajelah. Perut dah lapar. Lepas tu kami sempat singgah di Hard Rock Cafe Beijing. Saja je tgk. Bukan beli apa apa pun. haha...mahal seh...
Sampai di hotel, aku naik dan solat maghrib dan Isyak secara jamak sebelum aku dan wife turun balik utk berjalan-jalan disekitar hotel.
Tunggu episod berikutnya esok dengan acara2 yg lebih menarik. Bye...
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!