Nuffnangs

Tuesday, April 12, 2011

Ibu Bekerjaya...

ANUGERAH IBU KERJAYA

          Tahun 2001, pada tanggal 26hb Januari, bermulalah kehidupanmu sebagai seorang isteri kepada seorang pemuda yang bernama Anuar Bin Abu Bakar. Ketika itu, kau telah mula bekerja sebagai seorang pengamal Undang-Undang yang bertauliah setelah kau menghabiskan lebih kurang 9 bulan melakukan kerja-kerja praktikal di dalam kamar.

Genap 11 bulan selepas diijabkabulkan, bermulalah pula tugas kau sebagai seorang ibu. Namun sebelum anak sulung kita itu dilahirkan, kau tidak pernah mengeluh membawa kandungan ke mana sahaja ketika kau melakukan tugas-tugas di luar daerah. Tidak pernah sekalipun kau mengadu letih atau penat kepada ku apatah lagi mengambil cuti rehat walaupun kandungan itu semakin sarat. Kau teruskan tugasmu dengan penuh dedikasi dan cekal walaupun aku tahu kadang-kadang kau merasa cukup penat dan keletihan. Kau gagahkan juga langkahmu demi tugas, demi keadilan dan demi undang-undang.

Setelah Alya Nurfatehah lahir ke dunia ini,  kau masih lagi dengan kerjayamu. Tidak pernah sekalipun kau menyuarakan kepadaku untuk berhenti atau berehat sepenuhnya. Aku sentiasa percaya bahawa kau begitu sayang akan kerjayamu ini, kerjaya yang kau impi impikan selama ini dan aku memang menyokong kehendakmu itu. Kelahiran Alya penuh dengan ujian dan begitu menguji kesabaran dan ketabahanmu. Kesihatan Alya yang sedikit terganggu ketika masih bayi yang memerlukan sedikit pengorbanan masa dan tenaga memang betul-betul menguji ketabahan aku, namun kau masih seperti dulu, tenang dan sentiasa kuat menghadapi apa juga cabaran dan ujian yang diberikan Allah sw kepada kita. Sifatmu itu jelas menenangkan diriku untuk sama-sama menghadapi apa juga yang berlaku. Akhirnya, setelah lebih kurang 2 tahun kita cekal berhadapan dengan masalah jantung Alya, Alya telah disahkan pulih sepenuhnya. Banyak yang kau telah korbankan ketika Alya mendapat rawatan. Kau korbankan masa dan tenaga demi anak kita. Kau juga yang memberikan aku sokongan dan kegagahan untuk meneruskan hidup ini.

Setelah 3 tahun,   Aina pula lahir. Ketika ini kau masih lagi bekerjaya. Ketika kelahiran Aina, Alya sudah berumur 3 tahun. Walaupun penat melayan kerenah Alya, kau tetap mendodoi Aina. Kau tetap bangun dan berjaga malam, memberi susu kepada Aina. Kadang-kadang itu, walaupun kau terpaksa melakukan kerja-kerja luar daerah keesokkan harinya, tugasmu sebagai  seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak tetap tidak kau lupakan. Kau tetap gagah, cekal dan gigih seperti selalu melayan anak-anak dan aku sebagai suamimu.

Kini, setelah 10 tahun kita  melayari bahtera perkahwinan, kita telah dikurniakan dengan 4 orang cahayamata. Anak yang ketiga dan keempat adalah sepasang kembar  tidak seiras, seorang lelaki dan seorang perempuan yang kini sudahpun berusia 4 tahun. Aku masih ingat ketika kau dimaklumkan mengandung anak kembar, kau sungguh teruja dan sungguh gembira. Namun,  cabaran mengandung kembar ini bukanlah semudah  yang kau sangkakan. Dengan bebanan tugas yang memerlukan kau melakukan perjalanan jauh keluar daerah dan kerja-kerja seharian, cabaran itu menjadi lebih perit. Alahan yang kau hadapi ketika itu sangatlah teruk hinggakan berhari-hari kau tidak dapat melakukan tugas-tugas harianmu. Namun, kau masih seperti dulu, tetap cekal, sabar dan tabah demi tugasmu sebagai isteri, ibu dan sebagai Peguam di dalam profesyen mu.

Hingga kini, antara tugas-tugasmu itu, kau adalah seorang ibu yang tiada tolok bandingnya. Masih seperti dulu, penyayang, penyabar, prihatin dan paling penting tetap anggun dan menawan. 

Terima kasih Sayang. 
     

Manchester United vs Chelsea - Terkini Liga Juara-Juara 2011

Minit ke 83, Manchester United mendahului Chelsea 2-1 (agg 3-1) hasil jaringan Chicharito Hernandez dan Park Ji Sung. Drogba bagi Chelsea.

Ketika ini Chelsea bermain dengan 10 orang selepas Ramirez dibuang padang selepas mendapat kad kuning kedua.

Penguasaan ketika ini adalah 50/50 dan jika dilihat sekarang, nampaknya Chelsea bolehlah melupakan hasrat untuk ke separuh akhir Liga Juara-Juara 2011 dan Man U sudah boleh berkira-kira untuk menentang Shcalke 04 di separuh akhir nanti.

Happy Mother's Day...Anugerah Ibu Mithali

ANUGERAH IBU MITHALI

Tanggal 19 April 1953,  lahirlah seorang insan yang dinamakan Noorisiah binti Udin yang comel dalam satu keluarga yang hidup bahagia walaupun dibelenggu kesusahan. Di kelilingi oleh adik-beradik yang agak ramai iaitu sebanyak 13 orang, wanita ini gagah dan tabah menjalani kehidupan seharian dengan tugasan menjaga adik-adik ketika ibu dan ayahnya keluar bekerja. Dengan rumah yang terletak di dalam satu kawasan terpencil dipinggiran hutan, hidup wanita ini memang serba kekurangan dan agak perit. Pernah dihantar ke sekolah tetapi dalam waktu yang singkat sahaja menyebabkan beliau menghadapi kesukaran untuk membaca dan menulis.

Ketika umurnya mencecah 19 tahun iaitu pada tahun 1972, beliau telah  dinikahkan dengan seorang jejaka yang 10 tahun lebih berumur daripada beliau dan dari sinilah bermulanya kehidupan beliau sebagai seorang isteri. Sejarah dan latarbelakang kehidupan beliau telah mengajar beliau tentang erti kehidupan. Ketika umur itulah juga, lahirnya cahaya mata mereka yang sulung dan dinamakan Faizal. Episod ceria mereka tidak berpanjangan ketika itu kerana Faizal disahkan menghidap polio dan memerlukan penjagaan rapi hinggakan satu ketika mereka terpaksa mengambil satu pilihan untuk menyelamatkan nyawa Faizal iaitu mengizinkan pihak hospital menyedut sum-sum tulang belakang Faizal sebagai usaha terakhir menyelamatkannya. Alhamdulillah, dengan izin Allah sw, dan berkat doa wanita ini dan suaminya, Faizal telah sembuh sepenuhnya selepas itu walaupun pada awalnya menghadapi masalah tumbesaran.

2 tahun kemudian, lahirlah pula cahaya mata kedua yang dinamakan Anuar. Ketika ini, kehidupan wanita ini masih seperti dulu, masih bekerja di ladang-ladang sebagai buruh dan penoreh getah. Namun, wanita ini bersyukur kerana tidak dihimpit dengan ujian yang teruk seperti sebelumnya.  Setiap kali ke tempat kerja, wanita ini hanya mampu bertawakal kepada Allah sw kerana terpaksa meninggalkan anak-anaknya di rumah kerana tidak mampu untuk mengupah pengasuh untuk menjaga anak-anaknya. Dengan kuasa Allah sw, anak-anak ini mampu berdikari ketika ditinggalkan sementara wanita ini dan suaminya keluar mencari rezeki.

Pada tahun 1976, lahirlah pula seorang puteri di dalam keluarga wanita ini dan dinamakan Dayangku Intan. Cahaya mata inilah yang ditunggu-tunggu oleh wanita ini dan suaminya kerana mereka begitu mengharapkan seorang anak perempuan. Anak ini dijaga dan dibelai seperti menatang minyak yang penuh. Namun, ujian sekali diberikan oleh Allah sw kepada mereka, anak ini juga disahkan menghidap polio. Belum sempat mereka berbuat apa-apa untuk menyembuhkannya, puteri cahaya mata mereka ini telah dipanggil menghadap ilahi ketika hanya berusia 8 bulan. Berderailah air mata wanita ini meratapi pemergian puteri tersayang ketika belum sempat mencurahkan sepenuh kasih terhadap anak ini. Namun, rencana Allah sw adalah melampaui kehendak insan dan umatnya. Mereka akhirnya redha dengan peristiwa ini dan percaya bahawa Allah sw ada lah Maha Mengetahui dari sekelian makhluknya.

2 tahun selepas itu lahirlah seorang lagi putera yang dinamakan Amran. Ketika itu, wanita itu dan suaminya tidak lagi bekerja sebagai buruh ladang. Mereka telah membuka warung menjual makanan di tempat yang dikenali sebagai simpang Ban Foo  di Ulu Tiram, Johor. Kehidupan mereka sedikit sebanyak berubah dan ketika inilah mereka sedikit-sedikit mengecapi kesenangan dalam hidup. Wanita ini dengan penuh rajin dan sabar, membesarkan anak-anaknya hingga berupaya memberikan pendidikan yang baik kepada mereka. Pada tahun 1983, mereka telah berpindah ke Kluang dan bermulalah kembali mereka kepada kerja-kerja diladang dan menoreh getah.

Pada tahun 1985, lahirlah cahaya mata mereka yang bongsu yang dinamakan Farouk. Kehidupan wanita ini dan keluarganya tidaklah begitu susah dan mereka masih dapat memberikan persekolahan dan pendidikan yang baik kepada anak-anak mereka. Untuk memudahkan mereka berulang-alik ke tempat kerja, wanita ini dan suaminya telah sepakat untuk berpindah ke rumah ladang. Tidak pernah terdengar rungutan daripada wanita ini tentang kehidupannya, samada susah ataupun senang. Setiap hari, tugasnya sebagai seorang ibu tidak pernah diabaikan. Pendidikan anak-anak adalah menjadi keutamaannya. Setiap hari, beliau akan memastikan, semua anak-anaknya menelaah buku sekolah dan menyiapkan kerja-kerja rumah sebaik mungkin. Walaupun tidak tahu membaca, wanita ini tetap akan bersama-sama memberikan semangat ketika anak-anaknya menghadapi peperiksaan.

Kegigihan, ketabahan, kesabaran dan tiada sifat berputus asa wanita ini telah membolehkan 2 orang anaknya menjadi Peguam, seorang menjadi jurutera dan seorang lagi sebagai jurujual kereta yang berjaya. Menyingkap sejarah kesusahan, keperitan, kesedihan dan pelbagai situasi yang mampu menggugat semangat seseorang itu, wanita ini tetap berpegang pada tekadnya, untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anaknya agar tidak menjalani kehidupan yang perit seperti beliau. 



Wanita ini adalah srikandi dalam hidup kami , dia adalah wira sebenarnya. Kehadiran beliau memberikan semangat kepada kami untuk mengubah nasib keluarga. Tiada harta yang ternilai untuk menggantikan segala jasa dan pengorbananmu.  Wanita ini adalah ibu kami. Wanita ini adalah srikandi kami. Wanita ini adalah ibu mithali kami.

Tuesday, April 5, 2011

Astro B.yond

Assalam semua,

Petang semalam memang buat aku hangin satu badan...kenapa? Kali ni dah masuk kali kedua Astro B.yond aku buat hal (dalam masa sebulan, bil pertama pun belum dapat)..."Service is currently not available". Memangle pada awalnya hujan, aku fikirkan sekejap jer takde service. Bila hujan dah berhenti dan cuaca agak baik selepas 3 jam, servicenya masih seperti itu. Aku tak tau apa yang jadi. So, aku call lah Astro service centre dan mereka dah beritahu apa yang patut aku buat tapi setelah lebih kurang 10 minit duit aku terbang sbb call mereka, keadaan masih tidak berubah. Cih, memang buang tenaga dan kos jer. Apa yang mereka boleh buat ialah ambil laporan dan laporkan  kepada service area untuk hantar technician...dalam masa 48 jam. So, dalam masa 48 jam tu aku dan famili melangok jelah depan tv, ada B.yond pun x guna macam ni. Haprak betul lah.


Ini lagi satu masalah  dia, pihak Astro kata tindakan akan diambil dalam masa 48 jam. Tapi, masa kali pertama aku kena haritu, dah dekat 72 jam, baru technician call untuk buat appointment. Apa punya service ni. Tak efesien langsung. Kita ni dah le merupakan "loyal" customer, patutnya mereka le yang ambil tindakan sekiranya tiada progress dalam masa 48 jam. Apa yang jadi adalah, aku yang kena call mereka berkali-kali, sampai darah dah naik atas kepala, barulah terhegeh-hegeh. Kalau macam ni, baik aku stick dengan Astro biasa, lagi bagus. Tak payah HD, tak pernah pun ada masalah teknikal macam ni. Betul2 geram dan naik rentung aku kali ni.

So, pihak Astro, apa yang anda ingin katakan di sini. Cer bagi penjelasan sikit kenapa boleh jadi macam ni. Kawan2 yang lain ada tak masalah seperti ini. Cer le kongsi, mana tau boleh tolong aku.

Monday, April 4, 2011

Video Seks Dikenalpasti Tulen...??????

Assalam...

Macam pisang goreng panas, sekejap saja klip pendek video seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi PKR tersebar dengan meluasnya...semua orang ingin melihatnya, tak kira tua, muda, baik lelaki atau perempuan, sakit atau sihat...semuanya berebut-rebut dan akhir sekali dicadangkan ditpertontonkan pula di Parlimen...apa nak jadi le politik kat Malaysia ni...ada ka patut?

Ingat tak lagi dengan video seks Chua Soi Lek, apa jadik dengan penayangannya di khalayak ramai...sesiapa yang didapati menyimpan atau menayangkan video ini boleh ditangkap...yg menjadi satu kesalahan yang amat berat, dan ketika itu, sesiapa sahaja yang memiliki vcd video itu dikehendaki menyerahkannya kepada pihak berkuasa.

Diskriminasi jenis apa ni? Sekejap kata tak boleh, sekejap kata boleh...tapi apa yang aku nak katakan di sini adalah, kalaulah klip video ceramah agama boleh laku macam ni, alhamdulillah tapi yang ni lain, dah le kita berdosa melihat keaiban orang, silap-silap melakukan fitnah lah pulak. Bertaubat nasuha le sebelum terlambat.

Korang nak ke tengok video seks tu....hehehe aku tak de simpan. tapi kalo korang nak berkongsi dosa-dosa tu, korang carilah sendiri ok...tapi aku nasihatkan tak payahlah korang susah2 cari kan...aku nak ingatkan kepada semua sahabat saudara semuslim dan kepada diri aku sendiri, setiap perbuatan yang maksiat yang kita lakukan pasti  akan mendapat balasan daripada Allah sw. Wallahualam.....

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE