Nuffnangs

Wednesday, March 9, 2011

Harimau Muda A vs Pakistan

9/3/2011

Lahore, Pakistan

Pusingan ke2 perlawanan antara Malaysia dan Pakistan bagi melayakkan ke pusingan ke 2 kelayakan Olimpik akan berlangsung malam ini jam 11 malam waktu Malaysia.

Skuad bimbingan Ong Kim Swee ini bertandang ke sana dengan bekalan 2 gol yang mana jelas masih belum cukup selamat walaupun pada hakikatnya atau dengan kata lain di atas kertas, Malaysia tidak akan menghadapi sebarang masalah menewaskan Pakistan.

Masalah yang agak serius di Lahore adalah isu keselamatan pemain yang jelas mendatangkan sedikit kebimbangan kepada pengurus pasukan di mana Stadium Punjab (dengan kapasiti 10 ribu penonton) yang menjadi lokasi perlawanan merupakan lokasi berlakunya tragedi berdarah yang mencederakan beberapa pemain kriket Sri Lanka dan meragut beberapa nyawa anggota keseleamatan, akibat serangan militan pada bulan Mac 2009.

Sebagai peminat  bolasepak tanahair, marilah kita berdoa akan kejayaan pasukan kita dan memohon kepada Allah sw supaya kesemuanya dilindungi daripada sebarang ancaman yang tidak diingini.

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE