Nuffnangs

Sunday, September 12, 2010

Terkini Tentang Misteri Kehilangan Datuk Sosilawati dan 3 Yang Lain

Salam,

Buletin Utama TV3 jam 8 malam sebentar tadi mewar-warkan bahawa tangkapan suspek ke 8 iaitu seorang remaja berusia 19 tahun telah membawa kepada penemuan tempat pembakaran mayat 4 orang yang dipercayai sebagai Sosilawati dan 3 yang lain, namun tiada mayat ditemui dikawasan tersebut.
Dikatakan bahawa mayat2 tersebut telah dibakar dan abunya telah dibuang ke dalam sebatang sungai berdekatan. Namun begitu, siasatan forensik dikawasan pembakaran telah menemui cebisan tulang yang membolehkan ujian DNA dilakukan.

Siasatan Polis telah membawa kepada kesimpulan bahawa 4 mangsa terbabit telah ditahan, dipukul, dibunuh dan mayat dibakar hingga rentung. Abunya telah dibuang ke dalam sungai untuk melupuskan sebarang bukti. Jelas menunjukkan bahawa terdapatnya satu rancangan yang agak teliti untuk menggagalkan sebarang siasatan polis.

Talam berpendapat bahawa tindakan pembunuh ini merupakan satu tindakan yang sangat professional dan bukan dilakukan oleh orang sembarangan tetapi biaralah polis menjalankan siasatan mereka sehingga selesai dan Talam berdoa agar 4 mayat yang dibakar ini bukanlah mayat Sosilawati dan 3 yang lain. Namun ketentuan tuhan mengatasi segalanya...apa-apapun, penjenayah tidak akan terlepas daripada hukuman! Mungkin lepas hukuman di dunia tetapi diakhirat hukuman Allah sw adalah lebih berat.

Sekiranya benar sisa tulang yang dijumpai adalah Sosilawati dan 3 yang lain. Talam hanya mampu mendoakan agar roh keempat-empat almarhum di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah....amin!  

4 comments:

  1. aslmkm Bro....klu benar (aku berpendapat betul le tu) apa yg pihak berkuasa temui merupakan sisa2 tinggalan jasad mereka yg terlibat..aku rasa cara kematian mereka cukup sadis (kejam sesangat) cuma aku skeptikal....mmg benar aku tk berhak utk menjatuh hukum...tp tgk pd gaya dan cara sosilawati tu.....jauh dr ikutan islam...dr cara berpakaian...lbih2 lagi akhlak dia yg cukup buat aku tak puas hati semasa kes perceraian dgn Nash... langsung tak tunjuk gaya seorang isteri yg patuh...maaf klu ada yg terasa...itu sume hanya komen aku je le..

    ReplyDelete
  2. salam bro...meh lawat my blog pulak...nak meramaikan blogger at my page..kat FB cukup ramai, tapi kat blog cam ciput je...heheheheheh..nak bagi ulasan sket......harap after this isu takdela peperangan antara kaum india n melayu ye...sungguh kejam cara keempat2 mereka dibunuh...kesian famili sedih nak beraya pada tahun 2010 ni...huhuhu....harap2 bunuh balas bunuh bagi mereka yg mmbunuh dgn kejam tu....

    ReplyDelete
  3. Semoga Roh Semuanya Dirahmati Allah. Amin...

    ReplyDelete
  4. hafizah...mmg teramat kejam. tapi setiap yg berlaku itu Allah yang Maha tau....serahkan kepada undang-undang utk menntukannya.

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE