Salam semua,
Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 8 di bulan Syawal...hari ni aku dah masuk kerja. First day, mood belum mari le. Tapi, kerja harus diselesaikan. Amanah pada kita tu. Masih memikirkan tentang saranan Nabi saw tentang ziarah menziarahi ni. Masa nilah aje masa yang sgt sesuai utk kita berkunjung ke rumah sedara mara, sahabat handai, rakan taulan dan jiran tetangga yang selama cukup susah kita nak berjumpa atau mencari masa untuk bertemu dan beramah mesra. Masa nilah kita boleh bawa seluruh keluarga utk menziarah, tak de sape yang nak halang, nak tegur sbb inilah yang dinamakan hari raya. Semua orang akan rasa gembira dengan kunjungan kita, yang selama ni pintu rumahnya sentiasa tertutup. Pergi pagi baliknya senja....akibat bekerja. X de masa langsung untuk bertemu. Alhamdulillah, kehadiran Aidilfitri mengubah segalanya.
Namun begitu kesihatan tubuh badan perlulah dijaga...jangan melantak tak ingat dunia...lain pulak jadinya nanti. Makan secara bersederhana, hidangan yang disediakan haruslah dijamah. Kalo x makan karang, kecik hati kawan tu. Dah sediakan susah-susah tp orang x nak makan. Adalah lebih baik selepas ni, kita berpuasa 6 pula...pahala puasa sepanjang tahun tu. InsyaAllah, aku nak start minggu depan.
Kes bunuh Sosilawati dah masuk bab klimaks...makin lama makin banyakyang terdedah! Harap2 x de orang yang cuba sensasikan kes ini. Aku sendiri pun x faham, kes Sosilawati ni merupakan satu daripada siri pembunuhan yang dipercayai dilakukan oleh peguam lahanat tu dengan konco-konconya. Namun yang sedihnya, kes pembunuhan yang awal seolah-olah dianaktirikan. Aku bukannya nak kondem pihak yang berkenaan tetapi setiap kes sepatutnya diberikan hak yang sama. Mungkin kes Sosilawati ni melibatkan VVIP atau sebagainya. Kalolah pihak yang berkenaan bertindak seperti kes ini lebih awal, rasanya pembunuhan yang berikutnya pasti akan dapat dielakkan dan peguam tu pasti x dapat meningkatkan aset hasil penipuan dia tu dengan lebih banyak. Sepertinya, sebelum ini tiada apa2 yang berlaku. Musykil, hairan dan bimbang. Kalolah yang terbaru ni bukan melibatkan Sosilawati, pasti kita tak tau berapa ramai lagi yang akan menjadi korban.
Apa-apapun, aku cuma meluahkan apa yang terbuku di hati. Biarlah pihak yang berkuasa menjalankan tugas mereka dengan seadilnya. Apa yang pasti, aku nak tabik spring kat pihak Polis yang begitu cekap hingga tertangkapnya semua yang disyaki dalam masa yang singkat. Jangan kata FBI, CIA pun kalah dengan kecekapan pihak risikan Polis negara kita dalam menjalankan siasatan mereka. Syabas kepada mereka!
Dibulan yang mulia ini, marilah kita rapatkan segala yang renggang, kita dekatkan mana yang jauh, kita lupakan sengketa lama, kita eratkan tali ukhwah Islamiah kita, ziarah-menziarahi adalah amalan yang dituntut, bermaafanlah ketika kesempatan terluang ini, namun, segala tindakan perlulah dengan sikap bersederhana dan mengambil segala langkah berhati-hati untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Ketika memandu kenderaan, sentiasa ikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. bersabar dan berhemah, ingatlah orang yang tersayang Ikut rasa binasa, ikut hati mati.... !
setuju dgn awak!
ReplyDelete