Nuffnangs

Saturday, September 11, 2010

Sosilawati Dibunuh?

Salam semua,

hari ni kita dikejutkan dgn pelbagai berita terbaru ttg misteri kehilangan Datuk Sosilawati Lawiyah dan 3 yang lain sejak 30 hb Ogos lalu. Ada berita ttg mereka semua telah dibunuh, ada yang mengatakan bahawa mayat mereka telah dibakar dan abunya dibuang di pantai Morib dan sebagainya.

Tapi apa yang pasti adalah pihak polis telah menemui bukti2 terbaru ttg misteri kehilangan ini dan dipercayai bukti2 ini ditemui di Morib berdekatan dengan ladang pertanian dan wartawan2 telah berkumpul di sana sejak awal pagi hari ni. Namun berita yang sahih masih belum diperolehi.

Diberitakan juga bahawa 7 org suspek telah ditahan termasuk seorang Peguam bergelar Datuk yang dipercayai merupakan suspek utama kes kehilangan ini.

Talam percaya kepada prinsip undang2, selagi berita yang diperolehi belum disahkan, selagi itu berita itu masih belum boleh dipercayai. Oleh itu Talam amat berharap le, agar tiada pihak yang mengambil kesempatan dengan keadaan ini dengan mengembar-gemburkan berita yang masih belum disahkan ini.


Yang Talam tak puas hati adalah ada juga akhbar2 tabloid yang meletakkan tajuk2 utama dimuka hadapan dgn tajuk "dibunuh", "mayat djumpai" dan sebagainya, sepertinya berita ini semuanya sudah sahih yang mana pasti akan mengundang tanggapan salah orang ramai dan pastinya akan mengganggu tugas dan siasatan polis.
Cumanya di sini Talam berharap agar apa juga yang terjadi kepada Sosilawati dan 3 yang lain tidak disensasikan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab!









No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE