Nuffnangs

Tuesday, September 7, 2010

Eid Mubarak....

Salam rakan bloggers semua,


Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

(sumber - Dunia Penyair)


Dikesempatan TalamKeladi.com nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin sekiranya selama Talam berblogging ni ada salah dan silap, samada sengaja atau x sengaja, kalo ada termakan terminum tu minta halal lah ye...Talam pun dah maafkan semua kesalahan dan kesilapan rakan2 yang lain. Semoga hari raya ni disambut dengan penuh kegembiraan dengan semangat ukhwah Islamiah yang abadi!
Dikala kita bergembira jangan dilupa kepada yang telah meninggalkan kita, kepada yang serba kekurangan, kepada semua yang berduka kerana kehilangan yang dikasihi atau sebagainya, kepada anak2 yatim, fakir miskin. Mereka pun berhak utk menyambut hari raya ni bersama-sama dengan kita semua.

Mungkin Talam akan berhenti berblogging buat sementara waktu utk menyambut hari raya ni, tp kalo ada kesempatan Talam akan poskan entri utk tatapan korang semua.

Ahlan wassahlan wa marhaban bikum....Eid Mubarak.....

1 comment:

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE