Nuffnangs

Monday, September 6, 2010

Misteri Kehilangan Sosilawati...Kebetulan Atau Disengajakan?


Salam,

Semalam kita dikejutkan dengan kehilangan pengasas produk kecantikan Nouvelle Beauty Care, Datuk Sosilawati bersama dengan 3 yang lain (dikatakan mereka berempat bersama-sama sebelum dilaporlan hilang tanpa dapat dikesan).

Di kala umat Islam akan menyambut kehadiran Syawal 2 atau 3 hari lagi, kehilangan Sosilawati mmg amat mengejutkan. Yang memburukkan keadaan, ada juga khabar angin yang mengatakan bahawa ketika tarikh kehilangan beliau itu, beliau dikatakan membawa bersama wang berjumlah RM4 juta. Anak sulung beliau mengatakan bahawa pada hari tersebut, ibunya ada memberitahu bahawa dia urusan perniagaan dan akan mengambil lebih 3 hari untuk urusan tersebut.



Hari ini dilaporkan bahawa kereta BMW X5 milik Sosilawati dijumpai diletakkan di Pangsapuri Angsana di USJ1, Subang Jaya dan didapati tiada unsur jenayah ke atas kenderaan tersebut  dan sebuah lagi  kenderaan yang dimiliki oleh peguam peribadi Sosilawati iaitu Ahmad Kamil Karim, di temui  di sebuah SS15, Subang Jaya berdekatan dengan sebuah hotel.

Sehingga dimaklumkan bahawa laporan polis telah dibuat oleh semua ahli keluarga yang hilang dan masih menunggu hasil siasatan Polis. Mmg misteri sehinggakan ahli keluarga sendiri pun tidak tahu ke mana menghilangnya Datuk Sosilawati dan yang lain.

Talam mengharapkan ahli keluarga semua yang terlibat bersabar dan berdoa kepada tuhan agar semuanya didalam keadaan selamat dan dihindarkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini. Walaupun akhir2 ini kita sering dipaparkan dengan segala berita tentang pembunuhan kejam dan sebagainya, diharapkan agar ia tidak terjadi di dalam kes ini.







 

3 comments:

  1. uih..dekat sgt ss15 ngan tmpt keje nih...huuhuhuh...byk tol penyenajah skang nih...ksian kt fam dorang, dh nk raya nih...huhuhu

    ReplyDelete
  2. sian dah hilang. harap harap jumpa le jalan balik or jumpa balik.. subhanallah..

    ReplyDelete
  3. Lailie, dah dkt tu blelah tolong polis buat siasatan

    kompas...insyaAllah mrk selamat...

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE