Nuffnangs

Monday, July 5, 2010

Perangai Pelik Manusia Yang Aku Sendiri Tak Faham Macam Mana Boleh Berlaku....

Salam,

Korang semua biasa tidur dalam pukul berapa setiap hari?Ada yang pukul 9 mlm dah tidur, mebbe ada yang pkl 10 dah tidur, ada juga yang lebih lewat dari tu...bukan apa, yang aku nak citer kat sini adalah kisah benar ttg seorang kawan yg mmg tidur lambat...walaupun ada anak kecik dan terpaksa bangun awal setiap hari utk pergi kerja.

Dia ni masi tinggal dgn parents dia dan biasa balik kerja dalam pukul 6 ptg...apa yang pelik bagi akulah setiap hari dalam pukul 9 mlm mcm tu dia satu family akan keluar ke town...ntah apa yang diaorg cari...biasanya sampai pasaraya tutup baru diaorg nak balik gamaknya....biasanya pasaraya tutup dlm pkl 10 mlm mcm tu...lepas tu mereka tak terus balik rumah...biasanya mereka akan lepak kat rumah seorang auntie sampaile pukul 11 lbh...barulah balik ke rumah. Sampai di rumah adakalanya mereka ni sempat lagi masak utk supper, biasanya membawa ke pukul 12 tgh malam...yang peliknya anak beliau ni pun x tidur jugak ikut mak dia ni...siap2 kan katil utk anak dah membawa ke pkl 1 pagi...pergh masa ni biasanya aku dah nyenyak dibuai mimpi yang indah...selesai kemaskan katil biasanya member aku ni akan menonton DVD dulu sebelum tidur yang kebiasaannya membawa ke pukul 2.30 pagi...ketika ini anak beliau pun masih belum tidur...memikirkan esok paginya nak kerja barulah kawan ni tidur....begitulah rutinnya setiap hari...korang rasa pelik tak? Tak....eeh? Kenapa plak....korang pun mcm tu jugak ker...Kalo esok paginya boleh menjalankan tugas seperti biasa...apa ada hal kan...lantaklah korang, tapi masalahnya kalo pagi2 tu mengantuk dan x dpt wat keje dgn baik...kan akan menurunkan produktiviti dan juga kualiti kerja...




Anyway, masalah tak dapat tidur malam ni atau sering tidur lewat, mmg biasa bagi warga kotaraya seperti di KL, JB dan kota2 besar lain...yang aku respek sangat...walaupun tidur lambat, mereka masih boleh bangun awal dan pergi kerja seperti biasa...ntah apa rahsia diaorg ni kan....tapi bagi aku still satu perangai pelik yang masih belum dapat aku rungkaikan setakat nih...cumanya sekarang ni aku pun sama gak tidur lambat itupun sbb menonton bola WC 2010...heheheh!

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE