Nuffnangs

Monday, July 5, 2010

ANTARA KEMALANGAN ATAU DENGAN SENGAJA?

Salam,

Pagi aku cuma nak berkongsi dengan korang semua ttg adakah satu kejadian itu adalah kemalangan atau satu perkara yang disengajakan...

Kemalangan atau kecelakaan ni biasanya berlaku tanpa kita menduga dan ia boleh bila2 masa, dimana saja tak kira samada kita bersedia, berhati-hati atau berjaga-jaga. Kemalangan ni adalah satu perkara yang kita tidak mau ia berlaku dalam hidup tapi ia ttp berlaku walaumacamana kita cuba...dah nama pun kemalangan..sbb itu dalam sesuatu kes kemalangan siapa yang menjadi penyebab kemalangan adalah amat penting. Kemalangan ni tak kiralah kecil ke besar ke, ia ttp kemalangan dan biasanya mmg menyakitkan...sbg misalannya ketika kita keluar rumah, kita telah bersiap sedia dgn memakai kasut utk mengelakkan kita dari terpijak benda2 yang tajam di tanah tetapi ketika kita berjalan, kaki kita telah termasuk ke dalam lubang atau longkang dan menyebabkan kaki kita terseliuh atau luka (ni yang kecik), tapi kalo lagi parah misalnya patah...tentulah ia amat menyakitkan walaupun pada awalnya kita sudahpun mengambil langkah berjaga-jaga dan berhati-hati. Ini bukan perkara yang kita sengajakan. Takkan kita sengaja nak cari nahas pulak kan.
Manakala perkara yang disengajakan adalah apabila kita mmg berniat utk melakukannya atau kita telah menggunakan minda kita utk membuat satu perkara itu. Contohnya, kita berniat utk bermain bolasepak dan dalam perlawanan itu kita mmg nak cederakan pemain lawan. Itu bukan kemalangan tapi perkara yang disengajakan dan ia berlaku atas tindakan kita yang selari dengan niat kita. Maka perbuatan itu adalah disengajakan dengan niat kita.


Bagaimana pula jika kemalangan itu berlaku atas kecuaian kita? Contoh kita telah diberi amaran untuk memakai helmet semasa menunggang motorsikal tetapi kita enggan memakainya, dengan alasan "ala, aku nak pegi tempat tu dkt jer, buat apa nak pakai helmet," atau "cuaca panas ni, malas lah nak pakai helmet" atau "aku dah set rambut aku nih, kang hilang pulak jambul aku ni,", maka sekiranya berlaku kemalangan itu dan kita luka parah dibahagian kepala, maka ia bolehlah dikategorikan sebagai kemalangan yang sengaja dicari...mmg ia kemalangan tetapi perbuatan kita melanggar undang-undang jalanraya menyebabkan ia menjadi satu perkara yang disengajakan.

Jadi...renung2kanlah...mana yang baik jadikan tauladan...yang tak elok jadikan sempadan...

2 comments:

  1. aku pernah kemalangan teruk dengan lori. syukur umurku masih panjang

    ReplyDelete
  2. Gaban, alhamdullillah... so ko ada wat claim tak?

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE