Nuffnangs

Friday, June 11, 2010

South Africa vs Mexico

Salam......... Malam tadi seblum match ni...aku dah predict yg mrk akan seri 1-1....hehehe x sangka kan,prediction aku kali ni tepat...sebenarnya kalo tgk dr segi possession, Mexico jelas menguasai perlawanan malam tadi...cumanya...mereka agak kurang tajam dibhg depan... Tp man of the match malam tadi aku pilih Dos Santos (Mexico)...pemain kidal yg bijak dan mempunyai skill yg sgt tinggi. Blanco (nama besar dlm skuad Mexico sebelum ni) hanya turun sebagai subs...begitu juga dgn Javier Hernandes yg baru dibeli oleh Man U...juga turun sbg subs saja... Bhg tgh dikemudi oleh Dos Santos jelas sukar dikekang oleh pemain SA pada babak pertama...aku rasa lebih dr 8 cubaan tepat ditujukan ke gawang SA...tp kekentalan Khune (penjaga gol SA) terlalu ampuh...Mexico berjaya menembusi gawang SA dr satu sepakan sudut tp gol tersebut dibatalkan kerana offside... Babak kedua menampakkan penurunan possession Mexico dibhg tengah membolehkan SA melancarkan serangan balas mengejut...dan taktik SA membuahkan hasil ketika pemain Mexico leka menyerang...Pienaar bijak meloloskan bola kepada Tsabalala di bhg kiri...larian kencangnya gagal dikejar benteng Mexico..rembatan padu cantik ke penjuru kiri Mexico berjaya menewaskan penjaga gol Mexico...pergh mmg hebat gol tu. Sejurus selepas gol itu...Mexico meningkatkan serangan mereka..dan beberapa kali Khune diuji...akhirnya...pada minit ke 79...Marquez yg tidak dikawal mendapat lambungan dr kiri..hanya berdepan dgn Khune...Marquez tdk melepaskan peluang dgn membuat rembatan deras menerjah jaring SA... Kedudukan itu kekal hinggalah wisel penamat dibunyikan oleh pengadil... Pada aku match ni mmg menarik dan perlawanan sgt laju...cumanya jumlah jaringan amatlah mengecewakan...apa2 pun pasukan ni bukan pasukan feveret aku...so just ignore it. Sampai jumpa lg utk review match lain k....

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE