Nuffnangs

Friday, June 25, 2010

Brazil Atau Portugal?

Salam semua...

Lbh kurang sejam setengah lagi dr sekarang akan berlangsung lah satu perlawanan yg ditunggu-tunggu oleh ramai peminat di seluruh dunia...Brazil vs Portugal yang akan berlangsung di Stadium Moses Mabhida di Durban...





Brazil yg turun mlm ini tanpa Kaka nampaknya tidak langsung terasa kehilangan pemain tengah tinggi lampai itu...namun kecederaan serius yang dialami oleh Elano menjadikan mereka kehilangan 2 pemain midfield  yg sungguh berpengalaman...lbh2 lg corak permainan antara 2 pasukan ini agak sama yang mana mereka mengharapkan kpd pemain tengah utk membuat gerakan dan 2 pemain tengah Brazil ini mmg berkeupayaan utk menjaringkan gol. Namun begitu, peningkatan prestasi Luis fabiano pasti amat menggembirakan kem Brazil, begitu juga dgn Robinho yg boleh membantu jentera serangan...

Bagi Portugal pula...jelas moral yang tinggi dikalangan pemain adalah kunci untuk mencapai kejayaan kali ini...mungkin? Dengan Ronaldo sudah memperolehi gol antarabangsanya yg pertama selepas lbh kurang 17 bulan kemarau jaringan, Simao Sabrosa yg agak meningkat permainannya, Tiago yg jelas memuncak keyakinannya, boleh menggugat status Brazil sebagai kuasa bolasepak dunia sekarang ini.

Namun, apa yang jelas...dua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing dan saya mengandaikan keputusan seri adalah lebih adil di sini...tetapi jabulani tidak mengenal mangsa...pasukan yang membuat kesilapan yang sedikit boleh membawa pulang 3 mata penuh...

Jadi...siapa pasukan pilihan anda untuk menjuarai kumpulan G malam ini? Hantarkan komen dan plihan anda sebelum jam 10 malam ini...adakah anda betul kali ini?

Cubalah!!!

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE