Nuffnangs

Wednesday, July 11, 2012

Titus James Dipinang Blackburn Rovers?

Betul ker? persoalan yang belum dapat dijawab sehingga ke jam ini. Tapi apa yang aku dengar, Pengarah Bolasepak Rovers, Shebby Singh atau Serbeget Singh telah mempelawa Titus untuk sessi latihan dan pemilihan BR.

Eh, betul ke apa yang aku dengar. Tapi nama Titus ni blm pernah wujud dlm First Eleven Malaysia pun, waimah dalam skuad pun, walaupun beberapa kali cuba untuk menyerapkan diri dalam team Harimau Malaya. Rasanya level dia blm sampai ke tahap yang diingini oleh coach RG.  Pemain berusia 26 thn ini dipercayai bermain dengan kelab bolasepak di Perancis dan dipanggil oleh Shebby untuk ujian.

Kenapa Malaysia tak nampak bakat dia?
 
Persoalannya kenapa sehingga ke hari ini beliau masih belum berjaya menyarung jersi Harimau Malaya. Dah lama aku dengar nama dia dan teringin juga nak tengok dia main. Alahai...kalo betul dia berbakat besar, rugilah kalo x biarkan dia main dengan kita. Ini x habis2 dengan muka2 lama yang rasa-rasanya dah hilang angin sekarang ni. Apa kata kita tengok dia main masa lawan Arsenal ke atau Man City nanti. 

Kepada Titus atau nama panggilannya Tito, tunjukkanlah bakat ko tu supaya Malaysia tak rugi sebelum ko bersara...semoga berjaya di Blackburn nanti. Bonne Chance le Tito!!!!

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE