Nuffnangs

Monday, July 2, 2012

Malaysia U22 vs Myanmar U22

Salam semua,


Esok adalah hari penentuan samada Malaysia U22 aka Harimau Muda ni dpt masuk pusingan akhir Piala  Asia Bawah 22 AFC 2013 atau tidak sbb kalo Malaysia kalah atau seri, jawabnya packing baju dan balik Malaysia le. 

Malaysia nmpknya agak tertekan sedikit kerana Myanmar dilihat ada kelebihan sedikit berbanding Malaysia  kerana mereka bermain dihadapan penyokong mereka sendiri. Mungkin kelebihan atau tekanan kepada mereka. Dilihat dari segi mutu permainan kedua-dua pasukan tiada banyak beza. Tapi kali Malaysia ada striker dengan setakat ini menjadi penjaring terbanyak kejohanan  dengan 9 gol iaitu Rozaimi. X disangka-sangka kan...haha..kita ingatkan Wan Zack Haikal, rupa2nya Malaysia ada striker yg lebih berbisa. Boleh jadi pengganti Safee Sali. 

Dharap coach OKS dapatlah merencanakan taktikal yang lebih baik untuk membenam Myanmar mcm kita benamkan Vietnam haritu. Dalam bolasepak  tiada yang mustahil adan apa2 pun boleh berlaku. Kita tengok jelah mcmana Itali boleh kena belasah sampai 4-0, yg penting kita mesti tau mcmana nak jatuhkan moral pasukan lawan. Kuat mcmana pun, kalo moral dah x de, alamat lauk le.

Anyway, kita doakan jelah pasukan kita menang dan layak ke final round. Aku difahamkan ada live esok di Channel 801 Astro Arena jam 7.15pm.  Jom sama2 kita bagi  full support untuk team kita...Go Harimau Muda...

Selamanya...selamanya...selamanya Harimau Malaya...Aummmmmm!!!!

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE