Nuffnangs

Tuesday, July 17, 2012

Blog Template

Setelah lbh kurang 2 tahun menggunakan template yang sama, hari ni aku dah tukar template baru yg nampak lbh santai dan relax. Walaupun dah terbiasa dgn template lama, tapi aku rasa yang ni agak menyenangkan mata yang memandang.

Aku rasa design atau dashboard blog sekarang ni agak complicated sikit kan. yelah...banyak sgt "department".

Baru lepas berblogwalking beberapa site, rasanya nak relaxkan mata dulu. dah lbh 1/2 hari mengadap laptop. Jap lagi nak kluar lunch.

Tapi aku terkenang satu site tadi tentang ranking FIFA. Pelik betul lah aku cara FIFA bagi point. Yang aku dapat lihat, kedudukan Nepal dan Filipina yang berada di atas Malaysia dengan point yang agak tinggi. Setakat awal bulan 7, Malaysia ditangga 157 dengan 139 point shj. Tapi aku agaklah, Malaysia ni kekurangan match bertaraf 5 bintang, asik2 lawan team yang ranking lbh rendah dari kita, macamana nak banyak point. Lawanlah team England ke, Spain ke, mau banyak point walaupun kalah. Kalo seri lagilah berbaloi. nak harap menang memang jauh le....

Hahaha...LOL (sama je kan)

Anyway aku haraplah Harimau Malaya dapat buat satu yang terbaik dlm Piala AFF nanti. Itu ajelah yang kita boleh harapkan sekarang ni. Piala Asia masih jauh, tp rasanya Harimau Muda ada keupayaan untuk pergi jauh cuma perlu didedahkan lagi dengan pertandingan yang kompetitif untuk mematangkan pemain.

tetiba je kan...

tertukar topik ke bolasepak...ekcheli, aku dah dah x de idea la ni..hantam jelah.

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE