Hari Ketiga di Beijing kami bangun seawal jam 530 pagi kerana bas akan bertolak ke destinasi pada jam 730 pagi.
Hari ini kami ke pusat jade terkenal di Beijing yang mana jade2 yang paling mahal ada di sini. Seperti biasa kami sudah dapat mengagak bahawa kami akan diberi ceramah terlebih dahulu sebelum diasak dengan aktiviti direct selling yang agak agresif. Mcm biasa aku dan mem hanya pusing2 dan membeli keropok semata-mata untuk memecahkan duit kami. Kami bercadang membeli barangan lain dengan duit kecil. hahaha...kena juga mereka. Dengan muka masam, mereka menukarkan duit kami.
Selepas itu kami bertolak ke sebuah pusat memproses dan menjual kristal pula dan perjalanan aktiviti kami adalah serupa. Aku dan mem x beli apa2. Hampir juga kami terbeli sunglasses yang diperbuat daripada kristal tetapi tidak jadi setelah meneliti cermin mata itu dengan teliti. Hahaha...jgn nak kelentong kami tau..no...no...no!
Kami makan tengah hari di sebuah restoran muslim yang terletak dilingkaran ke enam Beijing yang mana kami demand hari ini untuk merasai juadah tambahan lain atas kos ditanggung oleh kami sendiri. Juadahnya adalah daging itik panggang walaupun bukan "peking duck" tetapi oklah daripada x de langsung.
Selepas itu kami bertolak ke destinasi yang ditunggu-tunggu iaitu ke Tembok Besar China (Great Wall of China). Sampai di sana, suhunya adalah lbh kurang -2' celcius dan kami dapat lihat salji masih ada. Aku dan mem sempat bermain salji yang memutih seperti budak2 yg "jakun". Mem aku dulu2 masa di Cardiff mmg biasa main salji ni tapi nmpknya dia pun jakun gak sbb lama x jumpa salji...hahaha!
Aku bercadang nak naik sampai atas tapi x sampai hati nak tinggalkan mem sorang2 kat bawah so aku batalkan niat memanjat sampai atas...ayat bagi alasan sbb x larat...huhu. Lepas puas pusing2 amik gambar dan berjalan sekitar area tu, kami pun pulang.
Kami difahamkan bahawa Jasmin akan membawa kami ke satu area mcm bukit bintang. Bas diletakkan agak jauh dan kami hanya diberi masa selama 1 jam je...dah le menapak agak jauh, lbh kurang 10 min ke area tu, mana cukup beb. Pusing2 punya pusing, terasa nak ehem lah plak. Berpusing cari toilet yang akhirnya menghabiskan masa aku je. Tengok2 jam dah hampir sejam. Apa lagi aku dan kawan berlari ke arah bas. Masa tu mem dengan sorang kawan lagi. mereka dah bergerak dulu. Chit x senonoh betul lah arrangement mcm ni. Dah x seronok jadinya.
Lps penat berlari, kami dibawa ke sebuah restoran muslim dkt area situ. Hari juadahnya agak berlainan tapi pada aku lebih kurang jer. Nasi putih, sayur kobis, ikan goreng, ayam. Lepas bedal kami terus pulang ke hotel dan aku dan mem macam biasa turun balik dan malam tu kami kenduri buah-buahan segar beijing. Segar ke? hahaha....
Maka berakhirlah episod hari ketiga kami...jumpa lagi