Nuffnangs

Tuesday, February 8, 2011

Pelita Jaya dan Safee Sali

Salam semua,

Keluar Harian Metro hari ini berkenaan dengan bayaran gaji sebulan yang akan diterima oleh Safee Sali dari kelab barunya iaitu Pelita Jaya yang berpengkalan di Karawang, Jawa Barat. Kontrak selama 1 tahun itu difahamkan memberikan Safee USD10 ribu sebulan (RM30,360) bermula bulan Mac ini dan difahamkan juga bahawa pasukan Selangor akan dibayar oleh Pelita Jaya sebanyak RM91,080 sebagai menebus baki kontrak Safee terhadap Selangor.


 
Ada yang mengatakan bahawa tindakan Safee itu tidak wajar kerana di Selangor pun gaji yang diterima beliau tidak jauh beza. Aku sendiri pun tak tau berapa yang dia terima di sini. Kalo ada sesiapa yang tau, silalah kongsi kat sini. Kalo betullah gaji yang diterima di sini tidak jauh beza, aku rasa pemergian Safee bukan disebabkan gaji atau ganjaran tetapi mungkin lebih kepada faktor mencari pengalaman dan pendedahan atau juga demi membuka peluang kepada lain-lain pemain untuk bermain diluar. Wallahualam...

Cuma satu yang aku harapkan agar pemergian Safee ke sana mencetuskan satu revolusi kepada sukan bolasepak tanahair agar lebih meriah dan lebih menghargai pemain-pemain mereka. Semoga tiada lagi masalah atau isu berkenaan dengan tunggakkan gaji, tunggakkan bonus dan sebagainya.
Aku cuma berdoa agar Safee berjaya di sana nanti dan mendapat pendedahan berguna buat pasukan Malayan Tigers...semoga sukses selalu...amin!

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE