Salam semua,
Semalam aku berkesempatan untuk menonton filem arahan Mamat Khalid ni melalui Astro First...tak sempat nak tengok kat panggung.
-Husin Dengan Motor Besarnya-
Permulaan cerita mmg mengesankan dengan kesan khas dan camera trick yang agak baik...membangkitkan persoalan apakah sebenarnya yang akan berlaku selepas itu...adakah ada makhluk asing atau hantu yang wujud.
Watak Husin (Awie), pulang ke kampung halamannya (Kg Pisang) dari Singapura dengan menaiki motor besar (close up bhg hadapan motor) membawa kepada pertemuan Husin dengan orang-orang kampung terutamanya ketua kampung (Pak Abu), Pak Jabit dan beberapa orang lagi. Di sini, ditumbulkan satu lagi persoalan berkenaan dengan percintaan Husin dengan Che Nin (Ummi Nazeerah), bilakah mereka bertunang dan apakah sebenarnya yang telah berlaku di antara mereka sehinggakan ayah Che Nin, Pak Jabit begitu marah kepada Husin.
-Husin dan Che Nin-
Kepulangan Husin kerumahnya selepas itu disambut dengan kewujudan Kak Limah (Delimawati) sedang berdiri di tepi tingkap dengan keadaan muka yang pucat dan rambut mengerbang persis hantu....Husin yang seperti orang yang lurus bendul tidak perasan akan kepelikan yang berlaku dengan menegur Kak Limah secara baik.
Selepas itu Husin telah bertemu kembali dengan sahabatnya Abi dan Usop Wilca (Shy8), dan di sini diceritakan bagaimana kaki Usop mendapat kecederaan...memang sadis kalo kome nengoknye!!! Watak Usop dikembangkan dengan lebih baik dengan ketiadaan Mat Karen (Ac Mizal) dan Deris (Que Haidar) yang dikatakan telah berhijrah ke KL.
Malam itu sekali lagi, Husin menegur Kak Limah yang dilihat sedang berdiri diluar rumah dan apabila teguran tidak dipedulikan maka Husin sudah merasakan sesuatu yang pelik telah berlaku terhadap Kak Limah dan bermula di sini, suspen dan komedi bersilih ganti...teknik penggayaan kamera secara close up sekali lagi dugunakan untuk mewujudkan unsur komedi.
-Kak Limah-
-perbincangan orang-orang Kg setelah misi menggunakan
bomoh Sofi Jikan gagal-
Lokasi warung Pak Jabit sentiasa menjadi tempat berjumpa orang-orang kampung hinggalah kepada pertemuan dengan beberapa orang bomoh terkenal yang dipanggil untuk menghalau hantu Kak Limah yang semakin hari semakin mengganas, namun tiada seorang pun berjaya. Unsur komedi yang diterapkan oleh Mamat Khalid memang "superb".
-penggunaan bomoh Siam-
Hinggalah pada satu ketika, Awok telah mencadangkan agar rumah Kak Limah untuk dibakar namun mendapat tentangan daripada Husin dan Pak Abu. Ketika inilah nasib Hantu Kak Limah akhirnya diketahui.
Penampilan anak Mamat Khalid yang sering memegang senapang mmg sesuatu yang agak bagus, tetapi penggunaan beberapa perkataan yang diulang-ulang melemahkan sedikit jalan cerita sebagai contoh "cer citer...cer citer", "sabor jelah". Namun begitu, pengulangan ini sudah pasti mempunyai impak yang ingin disematkan oleh pengarah dan mungkin menjadi trademark kepada filem ini kemudiannya...tapi pada saya, pengulangan yang keterlaluan akan merencatkan sifat-sifat komedi itu sendiri.
Pengakhiran cerita, wujud unsur-unsur sedih kerana disinilah Pak Jabit telah menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku ke atas Che Nin dan watak Avaa Vanja dilihat bukan sebagai manusia biasa...namun apa sebenarnya yang berlaku tidak diketahui. Mungkin saudara Mamat Khalid ada jawapannya...
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!