Salam semua,
Pagi tadi aku tertonton satu ceramah agama oleh Ustaz Kazim yang memang terkenal tu kat youtube pasal bagaimana kita nak orang lain suka kat kita melalui urusan harian.
Apa yang beliau sampaikan memang betul sbb selama ini apabila kita bertemy dengan rakan atau orang yang kita kenali di mana-mana, yang paling penting ialah bagaimana kita mahu menyapa mereka.
So, korang boleh bayangkan tak bagaimana selama ni korang menyapa mereka? Setau aku yang biasa kita buat adalah, bro, apa kabar? atau Ko nak kemana? atau Lama tak nampak? atau Buat apa sekarang? sambil kita berjabat tangan atau menepuk bahu kawan kita tu.
Menurut kepada Ustaz Kazim, cara Rasullulllah menyapa bukan setakat menegur atau berjabat tangan sahaja, yang biasa rasul buat adalah dengan beria-ia menyapa dengan senyuman sambil berjabat tangan dan terus memeluk sahabat itu tak kira dia kaya atau miskin, baik atau jahat. Semua diperlakukan sama sahaja, tiada dibezakan oleh baginda.
Dengan kita memberi layanan yang istimewa kepada rakan atau teman kita itu, barulah mereka akan selalu ingat kat kita. Senyum jer tak cukup, tegur, jabat tangan dan peluk...jangan kawan perempuan pun kita buat macam tu, lain kang jadinya...hehehe
Selalu kita dapat lihat dimajlis keramaian, yang biasa dilayan dengan penuh teliti adalah orang-orang kenamaan, orang-orang biasa, cuma ditegur dan ditunjukkan tempat duduk atau disuruh ambil makanan sahaja. Apa salahnya, kita tegur, jabat tangannya, peluk dan iring semua tetamu ke tempat makanan dan berikan mereka tempat duduk. Ini adalah yang terbaik. Kalaulah kita buat macam tu, sudah pasti, setiap tetamu akan ingat kat anda dan memuji akan kebaikan dan perilaku anda yang baik sepanjang masa. Bukankah itu lagi baik daripada kita memberikan double standard dalam urusan sedemikian, mentanglah ada VIP, yang UVIP dibiarkan tidak dilayan!
Aku saja je buat topik, kerana sekarang ni, budaya Islam semakin jauh daripada kita, yang kita utamakan budaya barat yang jelas amat bertentangan dengan budaya Islam...Apa kata kita mulakan daripada sekarang kat kawan-kawan kita, pasti mereka akan lebih seronok dan mengingati anda lebih daripada selalu...
Itu aje buat kali ni....jumpa lagi!
Apa ada pada nama...yg penting adalah keikhlasan hati, kejujuran jiwa dan ketulusan minda
Nuffnangs
Monday, January 17, 2011
Ustaz Kazim : Renungkanlah apa yang diperkatakannya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!