Nuffnangs

Saturday, January 22, 2011

REDMUMMY.COM

Salam semua,

Pernah dengar Redmummy.com atau lebih dikenali dengan blog RM je (nama sebenar dia Mira Abu Bakar, mcm nama bapak aku gak)...aku wat entri ni sbb kuar dalam berita harian yang RM telah menjadi blogger jutawan dalam masa setahun.

 -foto ehsan Berita Harian-

Korang bayangkan le, RM ada cakap yang dia pernah dapat RM12k dalam sebulan hanya dengan berblogging. Pergh... memang tak tercapai akalku. Hidup betul2 bergelumang duit namanya..tapi aku rasa, bukan senang nak senang macam tu. RM ni dah lama dalam dunia blogging dan aku pernah terbaca yang RM ni selalu dipanggil untuk buat review sesuatu barang atau isu. Ni yang banyak masyuk.

Setelah aku baca kisah RM ni, aku pun terfikir, yang sememangnya berblogging ni memang boleh buat duit kalo kena dengan caranya.

Pada aku, apa yang dia dapat tu adalah rezeki dia. Allah sw tu maha adil kepada hambanya, setiap orang tu ada rezeki masing-masing. Yang penting, bila kita dapat rezeki, kita bersyukur, jangan lupa sebab bila kita lupa yang rezeki tu datang dariNya, tak lama lah tu...

Lagi satu, korang jangan ingat, nak kecapi seperti apa yang RM dapat tu bukan dalam masa yang singkat, korang kenalah popularkan blog korang hingga orang boleh selalu menjenguk kat blog korang, trafik mesti kena hebat...so berusahalah dan berikhtiarlah semampu korang...aku cuma doakan kejayaan aku dan korang semua dalam dunia blogging ni...amin

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE