Nuffnangs

Saturday, October 30, 2010

Kelantan vs Negeri Sembilan

Salam,

 -foto ihsan dr Berita harian-

Setelah menunggu setahun, Kelantan akhirnya membawa pulang Piala Malaysia ke negeri mereka setelah berjaya menewaskan pasukan Negeri Sembilan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Kemenangan 2-1 ke atas pasukan yang menewaskan mereka di Stadium yang sama tahun lepas adalah kemenangan yang sangat-sangat bermakna bagi pasukan Kelantan dan jaringan oleh Hairudin Omar dan Mohd Badri Radzi telah berjaya mengubati luka kekalahan 3-1 tahun lalu itu.

 -Hairudin berentap dengan Tengku Qayyum- foto ihsan berita harian
Negeri Sembilan pada awalnya mendahului melalui jaringan penalti Syahurain selepas Kunalan dijatuhkan oleh penjaga gol Kelantan, Fahmi dan nampak seperti akan mengulangi kejayaan tahun dengan menguasai babak pertama dengan gerakan2 yang pantas dan menarik. Namun demikian, mereka gagal mengekalkan corak permainan tersebut di babak kedua yang akhirnya memakan diri sendiri.

Apa-apa pun tahniah kepada pasukan Kelantan yang berjaya mencipta kemenangan dihadapan lebih kurang 85,000 penonton dan disaksikan oleh jutaan peminat di seluruh negara.

Syabas dan tahniah.....Gomo Klate Gomo! Walaupun sebenarnya bukan penyokong Kelantan....

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE