Salam,
(Foto hiasan sahaja)
Terkejut kawan bila terbaca berita hari ni (24/9/2010) kat harian Metro di mana seorang wanita bersama-sama dengan 2 orang anaknya terlihat objek yang terbang berdekatan dengan penginapan mereka di sebuah Kondo di Bukit Jalil, yang kelihatan seperti piring terbang.
Objek terbang tersebut dilihat mempunyai 6 lampu dibawahnya dan bercahaya warna oren dan dilihat terbang sangat pantas ke atas angkasa dalam masa 10 saat. Dipercayai sebanyak 3 objek yang sama terbang berdekatan antara satu sama lain dan ia berlaku 2 kali iaitu pada jam 11 malam dan 2 pagi baru-baru ini.
Foto yang berkaitan dgn objek berjaya dirakam oleh pemuda tersebut dan kelihatan seolah-olah sebuah kapal angkasa yang mempunyai cahaya terang benderang seperti yang selalu kita lihat di dalam cerita sains fiksyen Kalo benarlah seperti yang didakwa, apakah sebenarnya yang terdapat di dalam kapal angkasa UFO ini? Hanya Tuhan yang tahu....!
(Foto sebenar yang dirakam menggunakan telefon bimbit)
Sekiranya ia hanyalah kapal terbang tidak mungkin ia boleh terbang secara berdekatan antara satu sama lain dengan begitu pantas dan sekiranya ia bukan kapal angkasa makhluk asing, apakah sebenarnya UFO tersebut dan apakah tujuan ia berlegar2 di ruang angkasa Malaysia.
Foto hiasan sahaja-adakah objek tersebut seperti ini sekiranya dilihat di waktu siang?
Satu perkara yang menimbulkan kemusykilan adalah, adakah pihak berkuasa mempunyai apa2 maklumat berkenaan dengan UFO ini dan apakah ia akan mendatangkan musibah kepada negara?
Talam amat berharap ada pihak lain yang dapat merungkaikan persoalan ini....Talam pernah lihat objek terbang dengan cahaya yang terang masa kecil dulu...waktu tu mmg percaya bahawa ia adalah UFO!
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!