Nuffnangs

Tuesday, August 3, 2010

Satu Perubahan Yang Sangat2 Perlu....

Salam semua...

Kadang-kadang kan kita rasa diri kita ni dah cukup sempurna, ada rumah besar, kereta besar, bini besar (ooops sori) bini lawa, anak2 yang comel, duit yang banyak dsb tapi adakah kita ini cukup bahagia dengan semua itu...?

Bahagia dari segi ertikata yang sebenar? Hidup yang tenang, fikiran yang damai, hati yang tidak dirundung resah dan curiga, keluarga yang bahagia.



Jikalau jawapannya adalah tidak maka hidup kita masih banyak yang kosong. Bak kata pepatah, wang ringgit tidak boleh membeli apa saja...terutamanya kebahagian diri dan keharmonian rumahtangga. Paling utama adalah cari punca kenapa hati kita masih tidak tenang, hidup tidak aman dsb ...persoalannya yang mana soalan ini harus ditanya kepada diri kita sendiri...bagaimana hubungan kita dengan Pencipta kita? 

Adakah kita masih ingat dgn Dia? Adakah cinta kita padaNya masih lagi kukuh? Adakah sayang kita padaNya masih lagi utuh? tepuk dada tanya iman...bukan selera ok..

Untuk itu, tingkatkan lah keimanan kita kepadaNya, terutamanya dalam perkara2 yang wajib yang selama ini kita tinggalkan...sesudah yang wajib, lakukan pula yang sunat, semoga hidup kita sentiasa diberkati oleh Allah sw.

2 comments:

  1. semakin jauh rasenye diri ini dr Dia...

    ReplyDelete
  2. oong-ong...dekatkanlah kembali diri itu...

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE