Salam 2 Ramadhan...
Ranking terkini bolasepak negara dikedudukan 139 dunia, menunjukkan peningkatan 3 anak tangga daripada 142 pada bulan Julai lepas. Akhirnya, peningkatan ditunjukkan oleh anak2 buah K Rajagopal yang jelas mempamerkan aksi yang konsisten di arena antarabangsa sejak kebelakangan ini. Terbaru adalah menumpaskan Korea U-23 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Di mana pula Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam? Singapura dikedudukan 120, Thailand di tangga 104, Indonesia 135 manakala Vietnam di tangga 127. Untuk lebih lanjut sila ke fullranking from Fifa .
Persoalannya, bolehkah Malaysia mencapai kedudukan terbaik lebih daripada itu seperti yang pernah kita lakukan pada tahun 1993 yang mana Malaysia adalah dikedudukan 73 dunia...aku tetap optimis yang Malaysia pasti boleh! Cuma masa yang akan menentukan segalanya...apa yang penting....kerjasama! Semua pihak termasuklah badan pentadbiran dan pengurusan bolasepak negara perlulah sedia menerima kritikan, kecaman, sentiasa memikirkan tentang pembangunan bolasepak dari akar umbi, bukan berpolitik, bersandiwara seperti yang berlaku sebelum2 ini....Tak malukah apabila negara kerdil seperti Singapura jauh di depan sedangkan mereka nak cari pemain pun susah...!(sbb tu mereka gunakan pemain import)...
Lu pikirlah sendiri...bak kata Nabil! Anyway, kepada team Senior Malaysia, kepada andalah rakyat Malaysia sangat berharap agar bolasepak Malaysia kembali digeruni samada di Asean, Asia atau Dunia!
visiting here
ReplyDelete