Salam sejahtera semua,
Hari ni dah masuk hari yang ke 20 Ramadhan 1431 Hijrah yang bermakna hanya tinggal lagi 10 hari (insyaAllah) kita semua akan menyambut Eidulfitri yang mulia.
Jumaat lepas, aku pergilah buat allignment dan balancing tayar sambil servis kereta sekali kat satu kedai kat Kluang ni. Setelah checked, 3 tayar kereta aku dah rosak dan perlu ditukar. nasib baik pergi cek, kalo tak mau naya aku. Setelah tukar tayar2 tu, mereka dah buat balancing, cumanya bila nak buat allignment, mesin berkomputer utk allignment tidak boleh digunakan, jadi kenalah pakai manual. Nak kata puas hati, mmg tak puas hati sebb aku rasa ada sikit lari, dan terasa ada bergegar sedikit ketika memandu. Aku rasa satu tayar yang dia x buat balancing, tak balance. So, aku mesti kena hantar balik kat tempat diaorang tu. Tak sedaplah bila bawa x "smooth" semasa memandu.Ukuran secara manual ni kalo x betul2 expert mmg susah, tp kalo expert yang buat, ia akan lebih baik berbanding computerised alignment.
Korang dah wat ke, servis atau sebagainya kat keta korang...kalo belum buatlah sebelum terlambat, pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang cukup baik untuk memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman sempena hari raya ni. Bukannya apa, beringat sebelum terkena kan lebih baik. Kalo jadi apa2, kita juga yang susah nanti.Bak kata orang, wang boleh dicari, nyawa melayang mana nak ganti. Chewah....Talam chow dulu! Wassalam....
sy br nk servis kete mggu nih b4 blk raya...xsbr rsnye!!....huhuhuh...
ReplyDeletepenting ni kena pulak nak pi jalan jauh kan
ReplyDelete