Salam...
Tidak berapa lama dulu kita dihangatkan dengan kisah si janda Anang iaitu Kris Dayanti (KD) mempunyai hubungan mesra dengan seorang tokoh perniagaan yang berasal dari Timor Leste, Raul Lemos dan tidak lama selepas itu, dikatakan hubungan mereka telah putus.
Namun, kini kita dikejutkan lagi dengan berita2 terbaru tentang hubungan mereka terjalin kembali dengan paparan foto2 mesra antara mereka berdua walaupun isteri Raul, Silvalay Noor Athalia mengatakan sebaliknya. Yang terbaru adalah foto KD dan Raul bercanda dengan penuh mesra dalam satu majlis yang diadakan di Bandung tetapi lokasi spesifik tidak dinyatakan...
Siapa sebenarnya Raul Lemos ini di mata KD....? Kemesraan yang ditunjukkan ketika majlis itu menggambarkan bahawa hubungan mereka mungkin lebih daripada teman biasa dan ketika ditemubual KD ada menyatakan bahawa itu adalah pilihan hidupnya dan selanjutnya mengatakan bahawa ketika beliau menangis dan putus hubungan, saya dituduh bersandiwara.
Apakah maksud disebalik kata2 itu. Adakah kali ini hubungan cinta mereka berdua akan berterusan hingga ke pernikahan atau sekadar gimik semata-mata untuk publisiti keduanya...Kita tunggulah kesudahan cerita cinta ini...
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!