Nuffnangs

Monday, July 19, 2010

Movie review : Eclipse...Berapa Bintang Yang Boleh Diberi?



Salam semua...



Kali aku berkesempatan untuk review filem Twilight yang terbaru iaitu Eclipse...mmg inilah filem yang sebenarnya paling aku x sabar nak tunggu...tp cuma berpeluang menontonnya pada 14hb Julai lepas...

Bagi aku filem ni mmg best...antara yang terbaik pernah aku tonton...Jika dibandingkan dengan New Moon, nampaknya ia berhasil untuk menarik kembali penonton untuk mengetahui kisah seterusnya dalam saga Twilight ni...tp bagi yang dah baca Novel...sememangnya korang dah tau ler jalan cerita yang seterusnya iaitu filem Twilight terbaru yang dikeluarkan paling awal November tahun depan iaitu Breaking Dawn...
Dalam Eclipse...apa yang menarik adalah permulaan yang mmg mendebarkan...kalo ada darah gemuruh ke, sakit jantung, darah tinggi ke...baik berhati2...sbb ia dimulakan dengan adegan sesuatu (samada pontianak atau serigala) yang mengejar seseorang yang tidak kita kenali...apa motifnya...mmg itu yang membuat kita mau tau apa yang seterusnya...yang peliknya orang itu tidak dibunuh!  

Filem ini memang penuh dgn aksi yang "thrill"...lebih2 lagi dgn adunan muzik dan bunyi (dimantapkan dengan bunyi surround yang baik)...menambahkan ketakutan kita...kali ini watak Victoria yang dikembangkan lagi dengan sifatnya yang masih berdendam dengan Bella....yang menjadi punca kekasihnya James terbunuh...

Alice yang dapat membaca apa yang berlaku kali ini gagal untuk memahami kenapa Volturi dan keluarga Cullens  percaya ia ada kaitan dengan Victoria dan Volturi mmg mengetahuinya tapi membiarkan saja ia berlaku!

Filem ini penuh dramatik dan terkesan kerana golongan pontianak (keluarga Cullens) dan the Quilt (Werewolfs) yang mana selama ini bermusuhan telah bergabung tenaga untuk menghalang hajat jahat Victoria untuk membunuh Bella. Namun...kali ini kisah cinta 3 segi antara Edward, Bella dan Jacob semakin menjadi-jadi dan perbalahan antara Edward dan Jacob semakin parah...

Keadaan menjadi bertambah teruk apabila Jacob mengetahui yang Edward sudah melamar Bella namun cintanya Jacob kepada Bella mmg cukup mendalam apabila dia mengenepikan semuanya demi keselamatan Bella!
Dalam filem Eclipse ini juga kita dapat mengetahui bagaimana Rosalie dan Jasper menjadi pontianak pada mulanya dan kisahnya mmg menyayat hati...

Berbalik kepada Pontianak "New Born" yang sebenarnnya dicipta oleh Victoria dan rancangan mereka untuk menyerang Bella diketahui oleh Alice dan bermula dari sinilah keluarga Cullens dan Werewolfs telah bersedia dan berlatih bersama-sama. Aksi dan thriller dalam filem ini memang mengujakan dan kita perhatikan bahawa kemunculan New Born ini sememangnya telah mengundang kerisauan kepada penonton...ganasnya mereka hingga kita akan tertanya-tanya, bolehkah keluarga Cullens dan Werewolfs menangani mereka ini?

Ketua bagi kumpulan New Born ini adalah salah seorang anak penduduk Forks iaitu Riley Biers dan jelas Victoria telah menperdaya Riley untuk cuba membunuh Bella demi membalas dendam terhadap Bella dan keluarga Cullens.

Akhirnya pertempuran yang dinantikan pun bermula, namun keluarga Cullens dan Werewolfs telah bersedia dengan melarikan Bella jauh ke puncak gunung..dan di sini...beberapa babak menyaksikan betapa dalamnya cinta Edward dan Jacob terhadap Bella...antaranya scene ketika Bella kesejukan dimana Edward gagal membantu, namun merelakan Jacob memeluk Bella untuk memberikan kehangatan...

Pertempuran antara dua pihak ini nampaknya tidak menjadi masalah kepada keluarga Cullens dan Werewolfs kerana kerjasama antara keduanya memang gagal diatasi oleh puak New Born tetapi apa yang membuatkan jantung berdegup kencang adalah ketika Victoria dan Riley berjaya menjejak Bella di atas gunung...hinggakan pada satu ketika Victoria hampir membunuh Edward, namun Bella telah melukakan tangannya untuk mengalihkan fokus Victoria yang akhirnya berjaya dibunuh oleh Edward....

Setelah semuanya berakhir, kedatangan Volturi diketuai oleh Jane benar2 mengundang rasa cuak kepada penonton kerana mmg diketahui bahawa mereka ini mempunyai kuasa yang luarbiasa berbanding keluarga Cullens dan kemenangan keluarga Cullens terhadap puak New Born sememangnya mendatangkan curiga kepada Volturi namun mereka gagal mengesan kehadiran Werewolfs...

Diakhiri dengan babak antara Edward dan Bella di padang yang dipenuhi bunga membuatkan penonton menjadi resah dan menanti-nanti apakah kesudahan filem ini dan tertanya-tanya bilakah Bella akan ditukarkan kepada Pontianak...Jadi korang kena tunggulah filem seterusnya iaitu Breaking Dawn!

So, bagi filem ni aku bagi 4 bintang dari  5 dan aku rasa puas hati menontonnya......bagaimana dgn korang?



3 comments:

  1. saya pun suka filem ni ;)
    x sabar nk tunggu breaking dawn next year
    dalam ketiga2 filem twilight ni pun saya suka selain new moon.. hhehe...

    ReplyDelete
  2. I don't really fancy this movie. :)

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE