Nuffnangs

Wednesday, July 14, 2010

Carlisle Cullen

Salam semua...

Saja jer aku wat n3 ni..sbb aku pasti ramai drp korang yang mmg minat giler dgn citer Twilight x tau saper sebenarnya Carlisle Cullen. Korang tau tak makna Carlisle ni? Ia adalah nama Celtic yang bermakna kuat dan ia lebih menjurus kepada kekuatannya menahan nafsu terhadap darah dan mengikut kepada asal-usul Inggeris lama, ia adalah bermakna Menara Istana atau Castle Tower.

Dipercayai Carlisle ni lahir pada tahun 1640 an dan merupakan pontianak (vampire). Dia merupakan pengasas kepada Olympic Coven. Sebelum si Carlisle ni menjadi salah satu dari Pontianak, dia ni adalah manusia biasa yang berasal dari keluarga yang kuat agama dan keluarga ni terkenal kerana tugas mereka yang membanteras ahli sihir, penjahat dan pontianak. Carlisle ni merupakan seorang yang sangat baik dan memang terkenal dengan sifatnya suka menolong orang sejak dari kecilnya dan pada satu ketika, beliau telah diserang oleh Pontianak dan oleh kerana takut akan diketahui oleh ahli keluarganya bahawa dia telah digigit oleh Pontianak, dia telah menyembunyikan diri sebelum akhirnya berubah menjadi Pontianak juga.

Oleh kerana sifat beliau yang mana telah dikurniakan satu kuasa untuk menahan diri daripada melakukan kejahatan dan kekejaman, beliau dapat menahan diri daripada membunuh dan meminum darah manusia. Untuk hidup beliau telah bergantung kepada darah binatang saja...mmg menakjubkan!

Keluarga Cullen's ni terdiri daripada Carlisle sendiri, Esme Cullen (isteri beliau), Emmet, Alice dan Edward (anak angkat beliau), Jasper dan Rosalie (anak angkat yang menggunakan nama belakang Hale bukan Cullen).

Umur beliau dalam lingkungan 300 tahun tapi ketika beliau berubah menjadi pontianak umurnya baru 23 tahun (jadi beliau tidak tua dan sentiasa berada pada usia 23 tahun) dan merupakan seorang yang sangat handsome (boleh jadi model ni) dengan rambutnya yang blonde, hidung yang mancung dan mempunyai susuk tubuh yang agak sasa dengan ketinggian 6'2", dengan kekuatan yang luarbiasa, larian yang sangat pantas dan kebolehan menahan nafsu yang sangat tinggi dan yang paling penting beliau merupakan seorang doktor yang sangat berkebolehan...selain sangat kaya hasil usaha dan kerja sebagai doktor selama lebih kurang 300 tahun...

Hasil kekayaannya itu boleh dilihat dgn rumah bungalow yang besar di kaki bukit, beberapa buah kereta mewah seperti BMW, Aston Martin, Mercedez S55 AMG (seperti foto) dan kereta2 lain serta motor mewah yang digunakan oleh anak2 beliau. Korang boleh refer di sini - http://www.stepheniemeyer.com twilight_cullencars.html....mmg hebat siot! Yang bestnye nnti Bella akan dapt satu kereta Ferrari yang dihadiahkan oleh Carlisle...korang tunggu jelah!

2 comments:

  1. haha.. kereta ferari sebab kereta tu kuat dan boleh tahan peluru ke ape tah.. baca dlm novel no 4 dia.. dia bagi sebab bella ni salu je accident macam2.. mmg bad luck punya.. adeii.. cuai..

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE