Apa ada pada nama...yg penting adalah keikhlasan hati, kejujuran jiwa dan ketulusan minda
Nuffnangs
Thursday, June 3, 2010
Rentung Meraung!
salam semua,
Pagi ni aku terbaca satu kisah yg sgt2 menyayat hati..Pagi2 lg dah syahdu. Apa tidaknya, kisah ni sepatutnya dijadikan teladan oleh kita semua bahawa bahaya dan maut tu akan dtg tanpa diundang.
Kejadian ni berlaku pagi semalam di Jalan Cheras, susur bulatan ke Pusat Perubatan Universiti kebangsaan Malaysia (PPUKM) jam lbih kurang 3.20 pg membabitkan 2 buah kereta dan sebuah lori.
Malang bg wanita yg menaiki sebuah kereta Myvi apabila kakinya tersepit yg mana menyebabkan beliau gagal keluar drp keretanya yg dijilat api. Apa yg menyedihkan kejadian disaksikan oleh orang ramai yg cuba memberi bantuan ttp gagal.
Punca kejadian kemalangan adalah dikatakan drp sebuah lg kereta iaitu toyota vios yg terbabas ke jalan bertentangan dan melanggar kereta myvi, manakala lori yg mengekori myvi pula tidak sempat mengelak dan terus melanggarnya pula.
Aku terfikir, kalo kita nak mengharapkan bomba dtg utk memadamkan kebakaran, jawabnya mmg x sempat...apa yg boleh kita buat adalah cuba membuat sesuatu terlebih dahulu. Yg menyedihkan sgt adalah tidak ada satupun kereta yg lalu lalang di situ menawarkan "fire extinguisher" atau apakah ini bermakna tidak ada satupun kereta yg ada di situ mempunyai alat pemadam api di dalam kereta masing2. Malang sungguh!
Sedih dan merasa amat terkilan...tp nak buat mcmna kan? Perkara dah berlaku. Apa yg penting sekarang adalah kita harus beringat bahawa alat2 keselamatan spt alat pemadam api dan kit first aid adalah keperluan bagi sesebuah kenderaan skrg kerana malang mmg tidak berbau. Brp lah sgt harga alat2 tu dibandingkan dengan nyawa dan keselamatan kita semua kan.
Tp walaumcmanapun kita harus ingat bahawa apa yg terjadi adalah ketentuan tuhan, namun kita yg diberi akal harus berusaha mencari jalan penyelesaian dan bertawakal.
Tp emosi aku ttp terganggu pagi2 ni....wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!