Nuffnangs

Sunday, June 6, 2010

Petang Yang Indah...Di Playground Yang Haprak

Salam, Petang tadi aku bawalah anak-anak aku gi playground kat tepi Sungai Mengkibol...Playground Taman Semut namanya...nama bukan main tp yang aku nampak ada le 3 ke 4 ekor semut kat situ (semut buatan le). Last aku pergi ada le dalam 2-3 bulan lepas. Masa tu keadaanya masih ok...bersih dan nampak mcm ada penyelia. Tp ptg tadi, sesampai je aku kat situ, tempat parking bersepah serpihan kaca yg aku agak dr botol2 arak. Betul2 merbahaya...sapelah yg punya kerje ni. Kalo aku dapat aku lesing dia. Apabila aku sampai kat tempat playground aku dpt lihat najis anjing yang kering bersepah kat situ, sampah bertaburan tidak dikutip dan tempat permainan ada yg sudah pecah. Nasib baik rumpur kat situ rumput karpet, x payah le nak memotongnya. Hish...hilang mood aku sekejap. Korang tgkle sendiri kat foto yg aku amik ni. sorilah foto sampah yg lebih teruk aku x smpt amik... Aku bukan apa, kesian dengan budak-budak, dahle playground kat Kluang ni x banyak, yg ada pun hidup segan mati x mau....Jadik pihak berkuasa tolong le pantau dan amik tindakan k.
Salam uhkwah.......

2 comments:

  1. ape kata abg long komen kat majlis perbandaran kluang...ahaks!!!

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE