Nuffnangs

Sunday, June 6, 2010

Ip Man 2

Salam, Haritu aku beli DVD citer IP Man 2...aku ingat citer pasal kungfu biasa jer tp banyak rupanya pengajaran yg aku dpt dr situ. Kisahnya bermula dengan Ip Man yg dtg ke Hong Kong bersama2 dgn isterinya yang mengandung dan seorang anak lelaki. Di sana dia cuba mengembangkan seni mempertahankan diri yang dikenali sebagai Wing Chun tp kerana miskin, dia hanya mampu menyewa bahagian atas bangunan. Pada mulanya payah juga dia nak mencari student, tp kerana kehandalan beliau, dptlah akhirnya dia menarik minat anak2 muda menyertainya. Drp situ dia kenakan yuran belajar yg dpt juga menampung hidup beliau sekeluarga....Apa yg bestnya lepas tu beliau berkenalan dengan Hung Chun Nam (Sammo Hung) dan pada mulanya sgt terkenal dengan sikapnya yg sombong dan tidak mau membenarkan Ip Man meneruskan sekolah Martial art Wing Chun sehinggalah beliau melalui satu pertarungan di atas meja yg dimenangi oleh Ip Man walaupun ketika berlawan dengan Chun Nam, kedudukan adalah seri. Memang menarik sebab filem ni x gunakan teknik CGI. Nampak sgt real. Masalah bermula apabila pihak Britain mahu mahu mengadakan pertarungan antara Boxer terkenal mereka yg dikenali sebagai Twister (Darren Shahlavi). Ketika pertunjukan persembahan oleh ahli martial art China, Twister telah mengejek seni itu...ini menyebabkan Chun Nam marah...apalagi lah si gemuk ni telah menerima cabaran twister utk beradu tenaga... Bab ni yg amat sedih bg aku...sekolah2 martial art di sini telah bersatu padu menyokong Chun Nam tp akhirnya...Twister ni mmg handal, rupa2nya si gemuk mempunyai penyakit sesak nafas, tumbukan padu cengkok telah kena tepat di dagunya yg menyebabkan dia jatuh beberapa kali dan akhirnya kerana tidak mau memalukan org2 Cina, beliau sanggup memegang tali ring untuk mengelakkan dia jatuh dan tumbukkan bertalu-talu Twister telah menyebabkan dia menghembuskan nafasnya yg terakhir...pilu sungguh. Sebelum mati , si gemuk sempat memegang tangan Ip Man dan menyuruh dia mengambil tempatnya utk membalas dendam. Dan akhirnya setelah berlatih bersungguh-sungguh, hari pertadingan pun tiba. Perlawanan mmg sengit, kuat betul Twister ni (geram aku tgk), beberapa kali Ip Man terjelepuk ke lantai. Twister juga ada jatuh, namun akhirnya dengan sokongan org ramai dan semangat serta igatannya kepada Chun Nam, dia membelasah Twister namun hatinya yg suci tidak membenarkan dia membunuh Twister. Pesanan terakhirnya kepada warga Britain mmg mengharukan..dia kata perlawanan bukan untuk menunjukkan sape kuat sape lemah cuma untuk memberikan pengajaran bahawa setiap org mesti menghormati satu sama lain tak kira apa bangsa sekalipun.... Amacam best tak citernya? Kalo korang x percaya korang tgkle sendiri. next time aku review citer lain lak ok.

3 comments:

  1. Ip Man 2 is a very nice movie. :)

    ReplyDelete
  2. jfook...very nice movie even my wife who didn't like Chinese movie also watched it until the end....

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE