Nuffnangs

Sunday, June 20, 2010

Beras Hitam Kundasang...

Salam, korang pernah dengar tentang beras hitam Kundasang...aku pun baru jer tau apa itu beras hitam. Warnanya saling tak tumpah mcm beras pulut hitam..rasanya seakan-akan sama...tapi aku tak tau samada beras hitam ni boleh dibuat bubur sama mcm pulut hitam tu.. Beras ni aku beli masa lawatan kami ke Kundasang pada bulan April lepas...harga dia sepeket 1/2 kilo RM10...mahal gak...aku saja jer nak cuba sbb org kata beras banyak khasiatnya...mereka kata ia bagus untuk penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis sbb kandungan gula di dalam beras ini adalah sangat kurang dan ia dikenali sebagai beras padi bukit dan ditanam dilereng-lereng bukit di Kundasang secara huma. Ni dikira sebagai tanaman organik yg mana jelas natural tanpa menggunakan baja kimia dan racun rumpai. Setelah lebih kurang 2 bulan tersimpan kat store barang makanan, hari ni wife aku telah memasak beras itu...petuannya jgn letak terlalu banyak air...nnti lembik. Setelah dimasak, di dapati rupa dan fizikal nasi yg wujud adalah sama seperti pulut dan rasanya juga sama. Sayang, tak buat rendang sebagai lauknya...nasib baik ada ayam yang dimasak merah. At least kena lah juga...kalo dgn masak lemak ker...mmg x kena langsung. Sori ye tak de foto untuk diletakkan di sini..lupa nak snap tadi. Anyway, sesiapa yg pergi ke Kundasang tu jgn lupa beli beras ni...saja nak promosi kan beras tu kat sini... jumpa lagi....

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE