Nuffnangs

Thursday, June 10, 2010

Argentina 2010

Salam semua... seperti yg dijanjikan aku nak komen pasal team Argentina aka La Albichelestes (pasukan biru putih) utk World Cup 2010 nih... Match pertama mereka adalah menentang Nigeria pada 12 Jun ni jam 1opm...peminat2 Argentina jgn lepaskan peluang menonton perlawanan pembukaan bg Argentina ni. Ada 14 pemain yg dah confirm tempat dan posisi mereka dalam team spt di bawah :- Sergio Romero, Martín Demichelis, Gabriel Heinze, Rolando Schiavi, Nicolás Otamendi, Javier Mascherano, Juan Sebastián Verón, Mario Bolatti, Jonás Gutiérrez, Ángel Di María, Lionel Messi, Gonzalo Higuaín, Ezequiel Lavezzi y Carlos Tevez. Manakala nama2 besar lain spt Esteban Cambiasso, Pablo Aimar, Diego Milito, Sergio Aguero dan Martin Palermo masih belum pasti dalam kesebelasan utama...pergh mantap juga team Maradona ni... Team ni mempunyai pemain yg paling berpengalaman iaitu Zanetti utk mengemudi benteng dibantu oleh nama2 besar lain terutamanya pemain terbaik dunia Lionel Messi dan Tevez di bhg depan...rasanya kalo atas kertas x de masalah nak benam Nigeria...tp Janbulani (nama bola daa) x mengenal sesiapa...pasukan yg kurang buat kesilapan akan menang. Aku berpendapat Argentina akan menang tp tipis mungkin 3-1 mcm tu...sbb Nigeria pun x kurang hebatnya dibhg depan...hehehe... Dgn sistem 4-4-2 yg diterapkan oleh Maradona...rasanya mereka akan gunakan kedua-dua bhg sayap kanan dan kiri utk meroboh benteng lawan...tp taktikal Maradona ni sukar dibaca...sbb skill individu pemain mereka amat tinggi...x mustahil mereka akan banyak berlegar dibhg tengah sebelum melancarkan serangan mengejut....kita tgk jelah nnti. Korang nak tau tak jersi home mereka pada kali ini adalah mengambil rekabentuk jersi yg dipakai pada tahun 1986 ketika mereka menjadi juara Piala Dunia thn tu (ni kira retro ler) tp pada aku jersi ni mmg klasik dan menarik. Mmg mencerminkan imej sebenar Argentina. Kepada sesiapa yg berminat dgn jersi tu boleh contact aku...aku jual murah jer RM50 siap pos kat rumah korang...Saiz ada M dan XL. Apa2pun....bersedialah peminat2 Argentina pada 12hb nnti k....

No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE