Nuffnangs

Sunday, July 8, 2012

Modal tak Cukup...

Salam semua..

Baru jap tadi aku jumpa dgn mmber ni, sebenarnya banyak perkara yang aku belajar drp dia. Dia kata kalo nak berjaya kita mesti berani dan jgn sekali-kali niat kita tu ada tujuan untuk menunjuk-nunjuk. Dia kata apa yang dia sekrang ni pun berkat usaha dan keizinan Allah sw. Tapi kena pasang niat yang betul. Yakin pada diri sendiri dan jgn terpengaruh dengan unsur-unsur luaran yang boleh merosakkan kita. Tapi kalo dah berjaya jangan lupakan orang yang telah menyuntik moral dan semangat kat kita. Paling penting kedudukan dan posisi bukanlah tujuan sebenar dalam hidup. Segala apa yang kita buat mestilah tidak bersumberkan yang haram. Dia kata kalo dia nak dptkan dari sumber yang haram, dah lama dia berhenti dari kerja dan lepak jer kat rumah. Tapi dia x mau benda-benda tu. Hidup x berkat kata dia. Alhamdulillah, masih ada orang yang beriman kat dunia ni.

Hasrat yang lama terpendam kat dalam diri aku ni mmg sgt tinggi. Nak buka firm sendiri dan usahakan sendiri tanpa bekerja dengan orang lain. InsyaAllah akan aku realisasikannya. Niat yang murni dengan usaha yang berterusan, insyaAllah akan diperkenankan. Apa-apapun, aku berterima kasih pada member aku ni sebab bagi dorongan kat aku. InsyaAllah dlm 2-3 tahun ni, kalo modal aku cukup aku akan buka juga firm sendiri. Kita tunggulah samada azam aku akan termakbul atau tidak. 

Ya Rabb...aku memohon kepadaMu untuk memakbulkan doa hambu Mu ini...Amin!

2 comments:

  1. klu dah berjaya bukak firm sendiri, jgn lupe ajak aku join company kau....jd despatch pun jd lah.....

    ReplyDelete
  2. Bro, kalo ko join aku, aku letak ko jadi PA aku...hahaha

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE