Nuffnangs

Tuesday, July 3, 2012

Malaysia U22 vs Myanmar U22

Result - 1-2 

Satu keputusan yang agak mengecewakan walaupun sebenarnya Malaysia mempunyai keupayaan untuk menang malam semalam.

Apa-apapun perlawanan telahpun tamat dan tahniah kepada team Myanmar kerana mara ke Piala Asia Bwh 22 secara otomatik sebagai naib juara kumpulan. Malaysia pula terpaksa menunggu samada menjadi pasukan tmpt ke3 terbaik. Aku rasa Malaysia ada peluang berdasarkan jumlah mata yang dipungut dan jaringan yang dibuat. 

Aku betul2 x puas hati dengan cara permainan Irfan dan juga Nazmi yang dirasakan terlalu santai hinggakan gol kedua yang diperolehi oleh Myanmar adalah hasil kesilapan Irfan yang membuat hantaran yg terlalu lemah hinggakan pemain Myanmar boleh memintas. Dirasakan Irfan agak gementar dlm perlawanan itu dan pergerakan beliau agak perlahan. begitu juga dengan Nazmi yang setakat ini masih belum menonjol sebagai pemain yang akan beraksi di liga utama Portugal. Hantaran beliau juga tidak kemas walaupun berkeupayaan untuk memegang bola. Mungkin juga faktor cuaca (hujan lebat) yang merencatkan rentak permainan Malaysia yang rata-ratanya gagal menonjol. Pujian harus diberikan kepada bhg serangan terutamanya Wan Zack, Rozaimi dan Tamil Arasu yang nampaknya berjaya mengkucar-kacirkan benteng pertahanan Myanmar. Namun, tuah tidak menyebelahi kita kali ini.

Komen aku, untuk menyerlah di pusingan akhir nnti, pertahanan dan juga midfielder harus lebih fokus dan lebih berkeyakinan untuk mengelakkan pintu gol dibocori akibat terlalu asyik untuk menyerang.

Anyway, jangan jadikan ketewasan ini sebagai penghalang untuk berjaya...go go harimau muda!!!Aummmm! 


No comments:

Post a Comment

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE