Nuffnangs

Tuesday, April 12, 2011

Ibu Bekerjaya...

ANUGERAH IBU KERJAYA

          Tahun 2001, pada tanggal 26hb Januari, bermulalah kehidupanmu sebagai seorang isteri kepada seorang pemuda yang bernama Anuar Bin Abu Bakar. Ketika itu, kau telah mula bekerja sebagai seorang pengamal Undang-Undang yang bertauliah setelah kau menghabiskan lebih kurang 9 bulan melakukan kerja-kerja praktikal di dalam kamar.

Genap 11 bulan selepas diijabkabulkan, bermulalah pula tugas kau sebagai seorang ibu. Namun sebelum anak sulung kita itu dilahirkan, kau tidak pernah mengeluh membawa kandungan ke mana sahaja ketika kau melakukan tugas-tugas di luar daerah. Tidak pernah sekalipun kau mengadu letih atau penat kepada ku apatah lagi mengambil cuti rehat walaupun kandungan itu semakin sarat. Kau teruskan tugasmu dengan penuh dedikasi dan cekal walaupun aku tahu kadang-kadang kau merasa cukup penat dan keletihan. Kau gagahkan juga langkahmu demi tugas, demi keadilan dan demi undang-undang.

Setelah Alya Nurfatehah lahir ke dunia ini,  kau masih lagi dengan kerjayamu. Tidak pernah sekalipun kau menyuarakan kepadaku untuk berhenti atau berehat sepenuhnya. Aku sentiasa percaya bahawa kau begitu sayang akan kerjayamu ini, kerjaya yang kau impi impikan selama ini dan aku memang menyokong kehendakmu itu. Kelahiran Alya penuh dengan ujian dan begitu menguji kesabaran dan ketabahanmu. Kesihatan Alya yang sedikit terganggu ketika masih bayi yang memerlukan sedikit pengorbanan masa dan tenaga memang betul-betul menguji ketabahan aku, namun kau masih seperti dulu, tenang dan sentiasa kuat menghadapi apa juga cabaran dan ujian yang diberikan Allah sw kepada kita. Sifatmu itu jelas menenangkan diriku untuk sama-sama menghadapi apa juga yang berlaku. Akhirnya, setelah lebih kurang 2 tahun kita cekal berhadapan dengan masalah jantung Alya, Alya telah disahkan pulih sepenuhnya. Banyak yang kau telah korbankan ketika Alya mendapat rawatan. Kau korbankan masa dan tenaga demi anak kita. Kau juga yang memberikan aku sokongan dan kegagahan untuk meneruskan hidup ini.

Setelah 3 tahun,   Aina pula lahir. Ketika ini kau masih lagi bekerjaya. Ketika kelahiran Aina, Alya sudah berumur 3 tahun. Walaupun penat melayan kerenah Alya, kau tetap mendodoi Aina. Kau tetap bangun dan berjaga malam, memberi susu kepada Aina. Kadang-kadang itu, walaupun kau terpaksa melakukan kerja-kerja luar daerah keesokkan harinya, tugasmu sebagai  seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak tetap tidak kau lupakan. Kau tetap gagah, cekal dan gigih seperti selalu melayan anak-anak dan aku sebagai suamimu.

Kini, setelah 10 tahun kita  melayari bahtera perkahwinan, kita telah dikurniakan dengan 4 orang cahayamata. Anak yang ketiga dan keempat adalah sepasang kembar  tidak seiras, seorang lelaki dan seorang perempuan yang kini sudahpun berusia 4 tahun. Aku masih ingat ketika kau dimaklumkan mengandung anak kembar, kau sungguh teruja dan sungguh gembira. Namun,  cabaran mengandung kembar ini bukanlah semudah  yang kau sangkakan. Dengan bebanan tugas yang memerlukan kau melakukan perjalanan jauh keluar daerah dan kerja-kerja seharian, cabaran itu menjadi lebih perit. Alahan yang kau hadapi ketika itu sangatlah teruk hinggakan berhari-hari kau tidak dapat melakukan tugas-tugas harianmu. Namun, kau masih seperti dulu, tetap cekal, sabar dan tabah demi tugasmu sebagai isteri, ibu dan sebagai Peguam di dalam profesyen mu.

Hingga kini, antara tugas-tugasmu itu, kau adalah seorang ibu yang tiada tolok bandingnya. Masih seperti dulu, penyayang, penyabar, prihatin dan paling penting tetap anggun dan menawan. 

Terima kasih Sayang. 
     

4 comments:

  1. =) hope to be like that some day...

    ReplyDelete
  2. ya Allah terharu nya saya baca...bertuahnyaa isteri awak...

    ReplyDelete
  3. Fisa, terima kasih...sila vote kat atas ye...

    Anonymous...you'll be like that... insyaAllah

    ReplyDelete
  4. http://www.100penulis.com/2011/04/cabaran-30-minggu-latihan-menulis.html

    long, just for fun! btw, rasenye anonymous is me...hehehehe

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE