Nuffnangs

Monday, December 6, 2010

Bermulanya Sebuah Cerita Benar....Episod 1

Bermulanya Sebuah Cerita Benar....Episod 1

Tanggal 26hb November 2010, selepas asar, bermulalah sebuah cerita yang pada mulanya seakan-akan dongeng tapi akhirnya menjadi kenyataan.

Inilah cerita benar yang berlaku.....

Lepas asar tu, adik ipar ku yang bernama Azura telah dinikahkan dengan pasangannya Hazwan oleh Kadhi dari Jawi. Acara tersebut berlangsung lebih kurang 1 jam tapi sayangnya aku telah terlupa nak bawa kamera dan handphone pula buat hal sampai tiada foto majlis tersebut dapat dipotretkan kat sini....apa nak buat!

Selepas majlis pernikahan tersebut ada sedikit makan-makan di dewan orang ramai Precint 11, dan apa yang aku boleh katakan kat sini, makanannya menang marvellous!

Malam tu bermulalah projek memasang khemah dan mengangkat kerusi meja dari stor yang terletak lebih kurang 200 meter dari dewan...semuanya kena angkat sendiri beb, tak pakai lori. Pergh....memang bermuscle kedua-dua tangan mengangkat besi2 khemah....tapi alhamdulilah lepas isyak, ramai gak kengkawan2 yang datang tolong pasang khemah...kalo nak harapkan aku dan bapak mertuaku saja, mmg sampai esok tak siap lagi...hahahaha!



Pagi esoknya, inilah hasilnya...khemah yang siap terpasang malam semalam!

Dalam gambar, sepupuku, abg Tan, bapak mertuaku dan Hazwan....pengantin baru!


Ini pula dewan yang sedang disiapkan oleh caterer, Pak Mastar....

Pak Mastar ni bukan setakat caterer jer, semuanya dia pulun habis, dari makanan, pelamin, kerusi meja, andaman, fotografi sampailah ke dj perkahwinan...dan sistem PA...siap karaoke lagi! 













Keadaan pelamin yang kelihatan agak grand dengan set sofa diraja yang agak moden!












makanan yang telah siap diletakkan dibahagian luar dewan....











Sudut makanan 2 dan DJ perkahwinan...suara DJ ni mmg macam DJ radio...boleh tahan bang!














Pelamin diraja yang boleh tahan gak grandnya....gaya moden!










Kehadiran tetamu kehormat, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor....tak sangka dia datang paling awal dan duduk di meja public jer...









tetamu mula datang...jam 12 tgh....
















ketibaan yang ditunggu-tunggu...
pasangan raja sehari!










inilah dia...pasangannya
Azura & Hazwan













Duduk bersanding berdua....mata tajam melirik...
pengapit pun berbalas renungan...wakakakaka!










Anak sapa la ni.....














terpegun bebudak tengok pengantin....















Ibu bapa Hazwan menepung tawar....serius jer muka En Rahim








 flower girls dan ????? (flower boy)....ekekekeke!








acara menepung tawar berterusan.....hingga ke petang!




Sebenarnya banyak lagi foto acara persandingan ni tapi belum sempat upload lagi kat laptop...so akan ada episod 2....tunggu jer k!

Aku  nak ucapkan terima kasih kepada semua penduduk Blok E Precint 11, kepada sedara mara yang hadir terutamanya Abg Radzi, Abg Tan, Kak Ni, Kak Rabiah, kepada isteriku yang tercinta, Aziana, adik-adik iparku, rakan-rakan terutamanya Zulk Joe yang banyak membantu, Tok Uban (PA kitaorg) dan caterer kami Pak Mastar dengan persiapan yang mmg grand dan hebat  (makanannya semua org puji...sedap siut), rugi tak rasa bubur kacang dan tapai pulut...jasa kalian hanya Tuhan yang dapat membalasnya...



Kepada Azura dan Hazwan, disinilah bermulanya episod berbeza di dalam kehidupan kamu berdua, susah senang sekarang akan kamu tanggung bersama-sama. Oleh itu, layarilah bahtera perkahwinan ini dengan sewajarnya, persefahaman dan tolak ansur adalah intinya...semoga kamu berdua hidup bahagia hingga ke akhir hayat!







2 comments:

  1. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432! ^_^

    ReplyDelete
  2. terimakasih...samalah juga utk awak...semoga tahun baru ni menjadi yang terbaik bagi kita semua...insyaAllah

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE