Nuffnangs

Wednesday, August 4, 2010

Melayu Boleh!!!!!

Salam semua...

aku wat n3 ni bukan untuk menafikan kebolehan kaum yang lain...di Malaysia kita adalah sama rata, 1Malaysia katakan. Cumanya, aku saja nak berikan semangat kepada bangsa melayu untuk lebih bekerja keras, berusaha dengan lebih gigih demi mencapai matlamat hidup dan kemajuan dalam diri.
Bukan aku nak kata yang kita ni tidak berusaha tapi maksud aku adalah kita kena berusaha lebih lagi untuk lebih maju di dalam dunia yang lebih mencabar ni. Almaklumlah, sekarang ni semuanya serba canggih, setiap detik penuh dengan perubahan terutamanya teknologi dan komunikasi. Cepat sangat bertukar...sebagai contoh teknologi perhubungan komunikasi  yang rasanya dalam 3 atau 4 tahun lepas kita hanya menggunakan teknologi 2G sahaja tapi sekarang dah 4G. Baru kita nak gunakan Iphone 3G dah keluar yang 4G...mmg kita di Malaysia ni agak ketinggalan tapi alhamdulillah masih lagi ok berbanding negara2 lain di dunia ni.

Untuk maju dan bersaing di zaman cyber ni, kita tidak haruslah berfikiran dangkal lagi, mestilah lebih terbuka dalam menerima perubahan ni, tapi adakalanya ramai bangsa kita yang masih lagi tertinggal jauh terutamanya di kawasan kg dan pendalaman...yang nyatanya mereka ini haruslah kita bukakan minda mereka tentang kecanggihan teknologi sekarang.

Aku memang sangat2 optimis yang bangsa melayu memang boleh! Boleh dari segala hal...terutamanya untuk lebih maju untuk menangani segala bentuk cabaran di zaman moden ini. Tapi, janganlah pula kita dikenali dengan hal yang lain pun seperti yang banyak tersebar di media massa dan internet sekarang ni....Melayu Bertudung Boleh! Perempuan Melayu Boleh! dan pelbagai lagi Melayu Boleh....hentikan semua itu...hentikan segalanya tentang persepsi itu....

Semoga bangsa Melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia sentiasa boleh hidup aman, damai dan bersatu padu untuk membangunkan Negara Malaysia yang tercinta ini. 

4 comments:

  1. Sokong 100%... Jangan lagi kita lalai dalam memajukan anak bangsa kita sendiri.. jangan ada hasad dengki bila melihat kejayaan orang lain..bahkan jadikanlah ia satu dorongan untuk kita lebih berjaya dengan orang lain..

    ReplyDelete
  2. anda buat saya bersemangat! spttnya mmg bangsa Melayu tak kurang dgn bangsa lain. apa ada pd bangsa Cina dan India? dtg ke Tanah Melayu dahulu hanya sehelai sepinggang. NAH! kenapa sekarang mereka lebih kaya daripada tuan rumah? orang Melayu patut sedar...jgn terus berpegang kepada peribahasa ciptaan tua-tua...kais pagi mkn pagi, ptg nnt kebulur. syukur...spt ajaran agama selalu. sampai bila pun Melayu akan terus di belakang selagi sikap terlalu cepat puas hati tanpa memikirkan masa hadapan.

    ReplyDelete
  3. Melayu boleh..memang banar..
    siapa pun boleh kalau berusaha..
    Pokoknya agama mesti dijunjung..

    ReplyDelete
  4. btui.. sesaper or bangsa mana pon bole maju kalo berusaha... dan ubah 'mindset' dari narrow to optimistik... insyaallah!!!

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE