Nuffnangs

Friday, August 20, 2010

Binatang Yang Paling Lambat di Dunia

Salam semua...

korang mesti selalu dengar kan, ko ni lambat mcm siput le, perlahan mcm kura-kura le, atau lembab mcm siput kan,  tapi ada satu lagi binatang yang sangat perlahan pergerakannya iaitu sejenis specis seperti ungka yang dikenali sebagai "sloth" si tiga jari (three toed sloth).  

Tapi korang tau tak antara 3 binatang ni yang mana telah direkodkan sebagai binatang paling lambat, perlahan atau lembab di dunia?

Jawapannya adalah si "sloth" ni...berasal daripada Amerika Tengah dan Selatan dan ia bergerak tersangat perlahan dan hanya bergerak sekiranya tersangat perlu. wakakakaka!


inilah brader "SLOTH"

Binatang ni telah direkodkan bergerak 0.5 hingga 1 kaki seminit dengan maximum speed pada kadar 5 kaki seminit....wuhai! Memang sah lambat....tapi x delah plak orang panggil, ko ni lembab macam "sloth" ler atau lambatnya, mcm "Sloth" jer atau kereta depan ni lembab giler, mcm "sloth"....


Sloth ni adalah binatang yang dianggap omnivor kerana biasanya hanya memakan tumbuh-tumbuhan di atas pokok, cuma sekali-sekala sekiranya turun ke tanah, ia akan memakan semut, anai-anai, cicak hutan atau serangga lain. Jangan takut, ia tidak akan menyerang manusia, kerana kalau kita merangkak sekalipun, mereka takkan dapat mengejar kita! hahahaha! kelakar kan....



Oleh kerana kelambatan mereka ni bergerak, ada juga "sloth" yang ditemui mati dan masih lagi tergantung di atas pokok...x sempat nak turun agaknya!


Yang ni tgh melintas jalan, berapa lama agaknya masa yang diambil untuk menyeberang jalan? pergh kalo lagi 1/2 jam nak berbuka...nak tunggu dia ni melintas, jawapnya berbuka kat dalam kereta ler!


Sloth terjatuh ke dalam sungai...siannya! 


kalau nak tgk sloth melintas jalan klik kat link three toed sloth on youtube...mmg terharu korang tengok.

7 comments:

  1. o.. ingatkan siput yg plg lmbt

    ReplyDelete
  2. tajam nye kuku dia..
    mcm orang utan je,,

    ReplyDelete
  3. sure aktiviti favourite die ialah... TIDO...

    ReplyDelete
  4. kena tukar la peumpamaan lama 2 ek..
    ganti " slow mcm sloth"..

    ReplyDelete
  5. waaa...memang lembab..!!! huhuhu...

    ReplyDelete
  6. spesis ini dijumpai pada 2001.tapi pergerakan sgt slow motion.

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG
REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE