Nuffnangs

Sunday, July 25, 2010

Malaysia U-23 vs Korea Selatan U-23 Terkini


Keputusan terkini bolasepak Malaysia - Malaysia U-23 vs Korea Selatan U-23, di Stadium Bukit Jalil, Malaysia menang 1-0 hasil jaringan Shafik Rahim pada minit ke-52 perlawanan bermula daripada satu sepakan percuma lebih kurang 26 meter daripada gawang gol Korea Selatan. Bola sepakan Shafik ditanduk keluar oleh pemain Korea tetapi bola singgah semula dikaki Shafik yang kemudiannya mengelecek 3 orang pemain Korea dan kemudiannya beliau telah melepaskan satu sepakan drive yang deras yang mengelirukan penjaga gol Korea lalu terus menerjah jaring.


Perlawanan ini jelas menunjukkan keseimbangan kedua-dua pasukan yang saling bertukar serangan menyebabkan kedua-dua barisan pertahanan bekerja dengan lebih keras. Barisan pertahanan Malaysia yang diketuai oleh skipper berpengalaman Aidil Zafuan jelas menunjukkan kematangan dibantu oleh Asrarudin dibahagian kiri, Nasriq Baharum, tengah dan Saberi Abu di bahagian kanan. Penjaga gol pula di kemudi oleh Mohd Sarbinie, midfield dibarisi Shafik Rahim, Kunalan (foto), Amar Rohidan, Ahmad Fakhri Shaarani dan Nor Idlan Thalaha. Manakala serangan dikepalai oleh Zakuan Adha yang jelas berjaya mengkucar kacirkan petahanan lawan. 

Kemenangan Malaysia ini jelas menunjukkan keserasian skuad yang dikemudi oleh Rajagopal yang menunjukkan konsistensi dalam beberapa perlawanan persahabatan yang mana baru2 ini telah menewaskan Yemen di Stadium yang sama dengan jumlah jaringan yang sama. Walaupun beberapa pertukaran dilakukan oleh Rajagopal pada akhir-akhir masa perlawanan, dan Korea Selatan jelas terdesak untuk mencari gol penyamaan, namun barisan pertahanan Malaysia tetap kental bertahan dengan Sarbinie berjaya menyelamatkan beberapa percubaan pemain Korea yang jelas masih belum mempunyai penyudahan yang mantap walaupun mereka mempunyai 2 peluang tepat yang terkena palang gol Malaysia di separuh masa pertama.
Diharapkan kemenangan seperti ini akan dapat menaikkan semangat pemain Malaysia untuk melonjakkan semula kedudukan Malaysia dalam ranking dunia yang berada dikedudukan 144 dunia.

5 comments:

  1. blog walking..

    hey i watch the match at bukit jalil last sunday..mmg hebat~
    can i used ur writing? i'll put the credit on u.

    ReplyDelete
  2. Eppy, sure...why not...tq for the comment!

    ReplyDelete

Dear Frens...Leave your comment here...Really Appreciate it!

MEE BANDUNG BATU PAHAT KUAH KACANG

REMPAH SEGERA MEE BANDUNG

Bloggers Mengomel!!

QIBLAH DAN SHOLAT TIME ZONE